Malam tadi terasa nak makan ala² menu kedai tomyam. Daging korban pun masih berbaki, bolehlah masak Daging Masak Merah.
Bahan²
1/2 kilo daging lembu - Ummi rebus dulu dalam pressure cooker
Air secukupnya
Sedikit pewarna merah
Minyak secukupnya
1 mangkuk minyak
3 ulas bawang putih, cincang kasar
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 batang carrot, hiris nipis
7-8 biji cili padi, belah 2
2 sudu besar sos ikan
1/2 mangkuk air rebusan daging
1 biji tomato, belah 6
1/2 biji bawang holland, hiris membulat
3-4 helai daun limau purut
Caranya:
1. Hiris daging, dan gaulkan bersama pewarna merah. Yang putih2 tu lemak beku, sebab daging Ummi dah lama terendam dalam air rebusan sebelum dihiris.
# Resepi asal letak pewarna merah masa rebus daging.
2. Panaskan minyak dan goreng daging hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
3. Kurangkan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
4. Masukkan pula cili kisar hingga naik bau dan terbit minyak.
5. Masukkan daging yang digoreng tadi. Kacau-kacau sekejap.
6. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
7. Masukkan hirisan karot, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Masak sekejap sehingga bahan bergaul sebati.
8. Masukkan tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang dicarik-carikkan.
Daun limau purut tu Ummi frozen-kan. Masih segar kan?
9. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa sekiranya perlu. Bila sayuran sedikit layu, tutup api. Siap!
Terima kasih Che Nom utk resepi yang sedap dan mudah ni 🌹
Kerabu Mangga Bersantan (style Tok), Tomyam Putih (resepi SK,), telur dadar minyak kurang panas 🤭 dan Daging Masak Merah. Setel menu kedai tomyam kita :p
Selamat mencuba 🤗
P/S: Tqsm SK utk resepi Tomyam Putih tu. Next time nak repeat with more flora & fauna :) Yang ni takde sayur & seafood.