Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2700

Arena Sukan Kuala Lumpur, Setapak

$
0
0
Abang ada game bola. Mula tu depa set nak lawan dengan team sekolah lain di Cheras, tapi tukar venue sebab Cheras tu jauh dari tempat tinggal masing² agaknya. PIC kemudian booked padang di Arena Sukan Kuala Lumpur. Firsttime Ummi pun tahu kewujudan tempat ni. 

Lokasinya berhadapan Balai Bomba Setapak.

Tempat ni nampak baru, lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk disewa; badminton court, futsal court, netball court malah ada swimming pool. Entry fee untuk swimmingpool RM12/person/hour kalau tak silap. Jogging track pun ada. Setiap kemudahan ni dikenakan bayaran pada kadar tertentu. 


Padang bola boleh sewa satu padang atau separuh padang. Separuh padang ni utk budak² la kot. Geng Abang sewa the whole padang, 2 jam pulak tu. Very ambitious haha... Tup² team lawan tarik diri, tak cukup orang. Main sesama sendiri je la, ngam² 20 orang plus 2 orang pemain import; Angah dan adik kpd kawan Abang sorang lagi. 

But bola baru, beli sehari sebelum di Coneli Sports Sri Gombak. Semangat ye anak² Ummi :) Harga RM99.80 sepasang, pakai duit raya depa. Lega Ummi 🤭

Proper ye tempat ni, ada sekuriti. Toilet, showersemua lengkap. Cafepun ada kata Walid.

Yang tengah tu macam Coach 😁

Enjoy yourselves kids 💪

Arena Sukan Kuala Lumpur 
210, Jalan Ayer Jerneh, 
Mukim, Setapak, 
53200 Kuala Lumpur
No Tel: 03 4023 3003
Dibuka jam 7.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2700