Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2695

Minum Petang @ Sudu & Knife, Sri Gombak

$
0
0
Lepas makan kenduri di Renai Hall, kami balik rumah tukar baju, solat Zohor dan ambil anak⁴. Saja bawa diorang jalan² dekat Aeon Keramat. The boys pakat shopping seluar baju. Ummi & gegirls window shopping je. Takde yang berkenan. 


Dapat voucher RM15 tapi tak boleh guna untuk groceries/F&B. Valid seminggu je, baik redeem je terus. 

Ada promosi home & living. Harga kusyen ni after discount, RM19. Topup RM4 je.

Ada promo RTE food. 

Abang kata nak try... Beli la set RM25 ni. Ada ayam goreng 3 ketul, floss bun 2, sushi & Teh Ais. Cup tu lawa, sempena 40 tahun Aeon. 

Dari Keramat, balik ke Sri Gombak. Merasa jugalah 'makan jem', orang nak balik kampung sempena Awal Muharram. 

Kawasan lapang tu lah Kg Sri Makmur yang  dirobohkan baru² ni. 

Mula tu nak ke Richiamo, tapi since dah lama tak ke Sudu & Knife, kita ke situ je lah...

Kafe ni quite sempit, Ummi rasa tak selesa. Suka lagi open cafe masa Mesra Ria dulu. Owner asal, Kak Maryam. Kemudian anak dia yang kami panggil Faizal Tahir (sebab muka dia ada iras FT) took over the business. Sikit² dia ubah dari kafe orang² masjid lepak ke kafe moden. Now dah jadi kafe hipster pulak 😅 Tak sure FT still running the business or not sebab tak nampak kelibat dia hari tu.

Nasi Lemak Fried Chicken Chop (RM18.90)
Fried Chicken Chop (RM17.90)

Ummi pilih menu paling murah; Nasi Lemak Fried Egg (RM5.90). Buat raso² :D 
Didatangkan bersama onion rings. Makan share² je sebab masih kenyang lunch. Sepatutnya pilih yang light² je sebab kata nak minum petang kan, tapi tu la nasi lemak ni irresistible😅 Order juga fries sebenarnya tapi tak sampai², last² cancel je la. Malas nak berlama², agak panas dalam ni walaupun aircond on. Mungkin sebab pelanggan ramai, full house plus ruang sempit terasa sesak. 

Satu KK Signature, satu KK Karamel Vanilla Latte. RM13.00 each

Taste wise semua sedap², esp sambal nasi lemak tu, lurvv it. 

Tqsm Walid ♥️




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2695

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>