Beras jenama Nagasari is our current favorite. Bila dimasak, nasinya lembut tapi tak berketul-ketul. Anak4 suka nasi lembut, Ummi pula suka nasi sebiji-sebiji (lerai). Kena sangatlah dengan selera seisi keluarga.
Kalau ke Utara, nampak sawah padi terbentang luas di tepi lebuhraya PLUS, sebelum sampai Alor Star tu, situlah Pendang. Lalu kat situ tak pernah tak cantik pemandangannya.
Pengedarnya Syarikat Era Bayam Kota (EraBK) yang telah menjadi anak syarikat Bernas sendiri sejak 2018 (info dari laman Web syarikat). Syarikat ni ada keluarkan juga produk domestik lain seperti susu pekat dan minyak masak. Produk-produk ni belum try lagi.
Beras ni buat nasi goreng pun sedap...
Finally, nak buat disclaimer sikit. Ini bukan iklan berbayar ye. Hanya perkongsian ikhlas dari Ummi yang suka makan nasi. Selagi tak makan nasi, at least sekali sehari, selagi tu considered belum makan 😂😂😂