Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2730

Nangka ~ Tuaian Pertama

$
0
0
Tuaian pertama nangka arwah Tok tanam. Hari ni tergerak hati nak jenguk pokok nangka tu sebelum masuk rumah. Bau wangi! Dah masaklah ni, alhamdulillah. Dapat juga tuai buahnya. 


18/8 perasan pokok nangka arwah Tok tanam ni dah lekat buahnya. Sebelum-sebelum ni dah mula berputik tapi asyik gugur je selepas beberapa ketika. "Baru nak belajar berbuahlah tu .."kata arwah. 

18/9 kami balut buahnya atas nasihat Tok Ayah. Sejak tu memang kerap Ummi periksa buahnya. Besar harapan agar bertahan hingga masak. 

Hari ni 21/11, 4 hari lepas genap setahun Tok meninggal,  kami tuai hasilnya...

Alhamdulillah inilah hasilnya ... Isi banyak, manis sangat. Harum semerbak sampaikan Kakak yang duduk di tingkat atas terus turun ke bawah cari buah nangka. Banyak ulas dia makan sampai Ummi suruh stop. Takut kembung! 

Sebelum potong buah nangka, ambil minyak masak sapu pada mata pisau dulu. Nak elak getah melekat pada pisau. Petua orang tua-tua...


Bahagian yang buruk tu sikit je. Selebihnya memang elok semuanya. Ummi tak pernah baja pun cuma rajin siram dengan air basuhan beras atau ikan. Lepas ni nak trim sebab dah tinggi pokoknya, hampir cecah wayar letrik TNB. Kata Tok Ayah, tinggi sangat nanti susah nak ambil buah. Betul jugak tu. 


Dah berhajat nak berbagi rezeki dengan jiran-jiran. Alhamdulillah Allah makbulkan. 


Hadis Nabi SAW ada menyebut, 
"Bukanlah seorang Muslim yang menanam  tumbuhan dan tanaman itu dimakan oleh manusia, binatang atau burung, tetapi tanaman ini menjadi sedekah baginya hingga hari kiamat." (HR Muslim).

Mudah-mudahan beroleh pahala sedekah buat arwah Tok. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2730


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>