Mulai hari ni PKPD dilaksanakan di 8 daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di KL selama 2 minggu (2/7-16/7/2021). Kami di Gombak ni merasalah semua fasa PKP ni; PKP penuh, PKPB dan PKPP. Entah di mana silapnya, PKP 3.0 gagal membendung penularan Covid-19 mutakhir ini. Tak nampak lagi cahaya di hujung terowong huhu... Whatever it is, life has to go on 💪
Hari pertama PKPD ni mood rajin berada pada skala paling tinggi haha... Dari pagi sampai petang ada aje aktiviti mengemas dan mencantikkan rumah :D Mood rajin tu datang sebab Walid & kids pun bersungguh-sungguh nampaknya kemas Iuar rumah, Ummi pun jadi bersemangat juga :) Minggu lepas Walid repainted rak pinggan yang dah lama terbiar di belakang rumah, dah jadi tempat simpan harta karun hehe...
Wajah baru rak pinggan Ummi. .
Ini pula previously rak buku depa. Pun dah bertahun-tahun beli. Zaman nak beli perabot gi Giant haha... Melendut dah kesan letak buku 3 beradik tu. Now Ummi jadikan rak baju Abang & Angah pula. Guna je selagi boleh.
Ini pula rak laundry...