Saja letak sini supaya senang nak rujuk di kemudian hari. Sejak PKP 3.0, seminggu 2-3 hari Walid kena masuk office. Ummi sediakan bekal supaya senang Walid nak makan. Tak payah keluar tanpa keperluan. Jimat pun jimat...
Here we go...
Selalunya paling lambat Ummi bangun pukul 5.30 pagi. Sempatlah masak nasi, satu lauk dan satu sayur. Macam asam pedas ni, Ummi tumis cili siap-siap belah malam. Bila cili dah masak senang kerja esoknya. Tinggal nak masuk ikan dan sesuaikan rasa kuahnya aje.
Lauk ayam masak lemak tu pula sebab ambil masa juga nak tumbuk cili & kunyit, nak perah santan, kopek kentang dsbnya jadi regunya cuma raw veggies supaya tak kalut. Kalau menu ayam bakar, perap siap-siap ayamnya sebelum tidur. Bangun pagi kita bakor je.
Yang penting plan siap-siap menu. Bangun pagi terus masak je. Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar.
Sebenarnya untung juga masak awal-awal pagi ni. Sebab bila siang tak payah masak dah. Bolehlah monitor PdPR anak-anak. Alhamdulillah.