Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2624

Al Fatihah ~ Abah Kaklong & Abg Long (Jasin)

$
0
0
29 Rabiul Awal 1442H/15 November 2020 (Ahad) 

Dalam keadaan kami sekeluarga (termasuk keluarga Jitra) bimbang akan kesihatan Tok, semalam kami dikejutkan dengan pemergian ayah maklong yang kami rujuk sebagai Abah Kaklong. Abah meninggal ketika sedang tidur. Khabarnya Abah berehat di atas sofa sambil terlelap, bila hendak dikejutkan Abah 'dah takde'. Allahu akbar, mudahnya, Abah pergi... Sebab sebenar Ummi pun tak pasti. Masih belum berkesempatan menghubungi Maklong, sekadar mesej takziah di WhatsApp. Biarlah Maklong selesaikan urusan akhir Abah dulu. Mungkin esok atau lusa Ummi call Maklong. Biar Maklong tenang dulu...

30 Rabiul Awal 1442H/16 November 2020 (Isnin) 

Pagi tadi, sekitar jam 10 Ummi dikejutkan sekali lagi dengan berita duka. Abang ipar Yang (bff Ummi) iaitu Abang Long (Abang Zaid, suami Kak Long) pergi menghadap Ilahi. Memandangkan hubungan Ummi dengan Yang sangat rapat, Ummi kenal seluruh keluarganya termasuk abang-abang iparnya. Abang Long ni sangat baik orangnya. Jemaah tabligh tak silap Ummi. Wajah sentiasa manis tersenyum dan bercahaya. 

Baru Jumaat lepas Ummi dimaklumkan Abang Long dimasukkan ke wad dan terpaksa menjalani haemodialysis (rawatan cuci darah akibat kegagalan buah pinggang) di Hospital Kuala Pilah. Menurut Yang, arwah sepatutnya menikahkan anak keduanya, Maryam yang akan berangkat melanjutkan pelajaran ke US awal tahun depan tapi terpaksa ditunda kerana masalah kesihatannya. Khabarnya majlis akan diadakan bulan depan. Namun, Abang Long pergi dulu :(

Kerdilnya kita sebagai hamba hanya mampu merencana. Takdir yang tertulis tetap rahsia Yang Maha Esa. 

Al fatihah buat Abah & Abang Long. 


Didoakan agar roh mereka ditempatkan di kalangan para solehin aamiin. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2624