Asalnya Ummi mencari resepi itik masak hitam yang dihidangkan semasa kenduri bersunat Abang, Angah & Haziq dulu. [Baca sini: Kenduri Bersunat]. Tapi terjumpa resepi Itik Rendang Hitam di Blog Terminal Hijrah. Hampir menyerupai apa yang Ummi cari cuma ini resepi rendang. Guna santan dan kerisek. Sebahagian itik ni Ummi dah masak Rendang Nogori jadi kalau boleh taknak merendang lagi. Jadi, Ummi alter sikit resepinya.
Resepi: Itik Masak Hitam Berempah
Rujukan: Pn Azlina (Blog Terminal Hijrah)
Bahan-bahan
1/2 ekor itik
Asam gelugor
2 sudu besar rempah kari daging
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
Gula melaka/gula perang
Minyak masak secukupnya untuk menumis
1 cawan kicap lemak manis
Sedikit kicap pekat (1/4 cawan)
Bahan Kisar
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
7 tangkai cili padi
100 g kismis hitam - ganti dengan 3 biji kurma (dibuang biji)
3 batang serai
1 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
Seperti biasa, Ummi masak menggunakan periuk Noxxa.
Cara-cara
1. Tekan butang stir-fry. Masukkan minyak masak.
2. Bila minyak panas, tumiskan semua bahan-bahan penumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih) dan bahan kisar sehingga kekuningan.
3. Masukkan rempah daging, kacau dan tumis sebentar.
4. Masukkan itik, asam keping, gula dan sedikit air (jika perlu). Off SF button.
5. Set HP 25x.
6. Bila dah beep, off HP dan stir fry sekali lagi untuk pekatkan kuah. Perisakan juga bersama garam/perisa. Jika suka, boleh tambah kentang (bila kentang empuk, tutup suis Noxxa.
Sedap rasanya cuma sedikit pedas. Mungkin boleh dikurangkan cili atau tidak perlu masukkan rempah kari. Jadilah itik masak hitam biasa, agaknya ☺️
Selamat mencuba 🤗