Elok selesai bab kereta Walid (baca: SINI), selang sehari kemudian mesin basuh pula buat hal 🙆♀️ Tak boleh on. Panggil technician katanya motherboard rosak. Nak replace around 300 including labour cost. Ikutkan Walid nak repair tapi Ummi dah give up dengan mesin basuh ni. Banyak sangat problems, sampai dah tak ingat berapa kali dah! Pernah tukar absorber (sebab mesin tak pusing), spinner pun pernah tukar (sebab spinner malfunction), pernah tersumbat sebab syiling 50 sen dan macam-macam lagi. Ada sekali tu boleh on macam biasa tapi baru beberapa saat air masuk, mesin senyap je. Sampaikan technician tu pun pening 😂 Dia tak dapat detect problem so suruh Ummi trial & error je. Alhamdulillah esoknya kembali berfungsi seperti biasa. Hinggalah Khamis lepas senyap terus haha...
Bila ada masalah nak tunggu technician datang pun ambil masa juga. Hari ni report, esok atau lusa baru datang. Kalau nak kena tukar spare part, tunggu lagi 2-3 hari baru dapat repair. Rimas Ummi bila tengok baju kotor dalam bakul. Tapi apapun Ummi puji technician dia very helpful even though sometimes he is as clueless as i am 🤣
Then, repairing costs... Koman-koman pun sekali dia datang 'tengok' (check) melayang RM50 :( Kalau barang kena ganti, tambah lagi fulus 😇😇😇
Banyak menguji kesabaran betul jenama mesin basuh yang khabarnya #1 di Europe. Terpikat jugalah selain motor warranty 9 tahun. Lama tu... Tapi pandai depa, motor memang tak pernah rosak. Part lain tu yang selalu buat hal. Indah khabar dari rupa :( Mungkin di Europe tu lain standard-nya ataupun ranking tu untuk peralatan eletrik yang lain. Mesin basuh ni yang paling singkatlah berbakti kepada kami. Dalam 3-4 tahun je.
Mesin basuh yang paling lama berbakti ialah mesin basuh pertama kami. Jenama Samsung, semi-auto. Our best friends tong-tong duit sorang RM100 sebagai hadiah kahwin. Nostalgia betul. Sayang sungguh Ummi dengan mesin basuh ni. Adalah kot 7-8 tahun berjasa.
Kemudian kami beli pula mesin basuh jenama LG, fully auto. Kali pertama Ummi guna mesin basuh auto. Seronok, tak payah transfer pakaian dari washer ke spinner. Kerja membasuh jadi lebih mudah dan cepat.
Dan pada 17 /10/ 2020 beli mesin basuh baru. Kali ni pilih jenama Sharp. Harga slightly above 1k untuk kapasiti 9kg. Harapnya dapat berkhidmat lama untuk kami.