Menitik air mata Ummi tengok gambar ni. Masih terasa penat dan sukarnya bila takde air semalam. Dalam pukul 11 pagi (19/10) bekalan air stopped dan pagi tadi around 10.30am bekalan mula pulih. Alhamdulillah syukur. Satu hari satu malam, hampir 24 jam tapi sengsaranya hanya yang mengalaminya sahaja yang faham. Mendidih je rasa bila ada yang buat lawak pasal bekalan air ni. Depa tak rasa bolehlah gelak dan buat lawak 🙄
Saat diuji begini bila Allah hantar orang macam Ustaz Ebit ni hati jadi sejuk je.
Walaupun kami bukan penerima air ni tapi Ummi tetap tumpang lega bila ada yang beroleh manfaat dari bantuan ustaz. Laju ustaz buat kerja dan selalu tindakannya di luar kotak. Ummi doakan agar beliau sentiasa dilindungi-Nya, diberi kesihatan yang baik serta ilham dan kemudahan untuk terus membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.
Moga hari-hari mendatang lebih baik bagi kita semua. Fed up tau dengan isu air ni. Makin menjadi-jadi pulak :(