Ikutkan nak sarapan di luar tapi tak properlyplanned plus banyak kedai makan tutup Jumaat, kami decided sarapan di rumah je sebelum bertolak balik. Jimat masa pun iye, sebab boleh gerak awal balik ke Gombak.
Lepas sarapan depa layan Makngah ajak buat trend TT bagi duit raya ala² majlis Convo :D Makngah depa ni kadang 'masuk ayaq' jugak 😆
Lambat² nanti makin sesak PLUS highway tu kan...
Nak balik kampung utk beraya feel dia lain, nak balik ke perantauan mulalah lemau haha...
Kerepek Pisang Maksu bagi.
Bahulu Makngah bagi, cekodok pisang dan kerepek tempe Tok Umi bagi as bekal. Memang mengunyah je la Ummi ni nak hilangkan mengantuk.
Awal lagi nak singgah Ipoh utk solat Jumaat jadi kami teruskan perjalanan. Waktu Zohor di Ipoh 1.22 t/hari.
Singgah di layby Simpang Pulai utk toilet break dan quick lunch. Makan bekal nasi lemak bungkus. Malas nak turun kereta, too crowded.
Ummi bertegur sapa dgn Acik Cleaner ni, ucap SHR la kan... Then Acik ni tanya, dari mana? Dari Jitra nak balik Gombak Ummi cakap.
Terus AC ni pegang tangan Ummi, bagitau kampung Makcik dekat Ayer Hitam. Ayer Hitam ni dekat² Jitra juga...
Orang Kedah jumpa orang Kedah tau sajalah kan, auto jadi ramah 😆 Acik ni cakap adik beradik dia ada di Ayer Hitam tu, tapi dia dah lama tak balik kampung sana. Teringin nak makan ketupat palas katanya. Ummi pun offer la daun palas yang Tok Ayah bagi tu. Tapi Acik ni kata dia tak pandai buat ketupat palas.
Ummi pun minta diri, sebab mata dah masuk habuk ni. Rasa sedih dan kesian pulak :(
Nak masuk kereta teringat Tok Umi ada juga bagi bekal ketupat palas dah siap rebus. Rezeki AC ni la... Harapnya tercapai hajat Acik ni nak makan ketupat palas. Berair matanya bila dapat ketupat idamannya tu. Ummi pun cepat² masuk kereta sebab 'hujan' juga 🤭
Theboys solat Jumaat di sini. Ramai orang luar macam kami juga, based on kereta² yang parking di tepi main road ni. Sekejap je solat Jumaat di masjid ni, pukul 2 lebih jemaah dah keluar masjid. Ada pengantin nak dinikahkan, mungkin sebab tu Tok Imam tak solat lama² plus ramai musafir macam kami.
Pukul 3 lebih baru masuk highway semula. Ni Tol Tapah. Masuk highway tu memang jammed la sebab 2 lane je dari Tapah ke Sungkai. Sampai Slim River nanti baru 3 lane semula.
Kami singgah di Petron Ulu Bernam ke Behrang ntah. Lupa dah :D
Lepas gegirls solat ni memang tak singgah mana² dah. Alhamdulillah pukul 6 lebih camtu dah selamat sampai di rumah 🤲🏻
Alhamdulillah dia selamat dan sihat.
Makanan dis pun ada banyak berbaki. Masa dekat kampung, risau juga takut anak bulus ni tak cukup makan ahahaha....
Alhamdulillah.