Nat = pasar pagi
Nat Jitra
Aktiviti wajib setiap kali balik Jitra, mesti Ummi ajak Walid pergi nat depan market Jitra. Seronok ada jual ulam² kampung, kuih-muih tradisional, tudung/pakaian murah²...
Orang buat somtam kan guna lesung jenis ni...
Pun tak beli sebab Tok Ayah dah ambil di kebun utk menantu dia ni :D Last time balik kami beli di nat ni. Bila Tok Ayah tahu, TA ambil siap² di kebun utk Ummi bawa balik ke SG. Tq Ayah 🤗
Harga ikut kilo, bukan sebiji². RM35/kg macam harga di Keyel jugalah kan...
Pasar Tani Kekal Changlun
Nampak ada nat ni masa pusing² dekat Changlun ni, masuk la sekejap tengok apa yang ada... Changlun ni ada yang eja Changloon. Tak kisahlah, janji bunyinya sama :D
Inilah rupanya umbut pisang @ rias pisang, bahan utama dalam Gulai Batang Pisang yang terkenal di Kedah esp daerah Baling, Pendang, Kuala Nerang dan Sik. Ikutkan hati ni nak beli bawa balik ke SG, tapi takut rosak. Nak masak di Jitra, Tok Umi dah ada menunya. Plus banyakkkkk sangat stok makanan di rumah TU tu.
Ada gerai jual hasil laut kering dari Tg Dawai. Dalam bulatan merah tu isi kepah kering. Ummi beli sepeket utk dimasak sambal. Beli juga cumi kering dan ikan kering.
Di luar bangunan, ada orang jual buah kuinin dan cili bulat ni. Beli juga sebab lama dah teringin nak rasa cili bulat ni plus buah kuinin pun lama dah tak jumpa. 3 biji 5 ringgit. Tok Kodiang kata mahai, sebab buah luar musim.
Alhamdulillah.