Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2713

Nasi Lemak Sambal Tumis Udang & Pulut Kuning

$
0
0

Kali ni masakan Ummi berjodoh dengan Mama Yan, sama² masak Sambal Tumis Udang. Ummi masak lauk ni untuk breakfast semalam. Semua anak berkumpul, masaklah special sikit; nasi lemak untuk dimakan dengan lauk udang ni. 


Nasinya lerai kali ni, Ilike ... 

Dan rupanya nun di Tanah Jauhar, SK pun makan nasi lemak udang! Seronok pulak bila coincidence macam ni 😁

Hari Sabtu masak Pulut Kuning. 
Jumaat tu Ummi ke pasar, beli ayam pencen seekor, buat masak rendang. Dah lama rasanya tak buat Pulut Kuning itu yang teringin. 

Pulut ada lebih sikit, Ummi simpan dalam freezer dan keluarkan semula pagi tadi. Kari Ayam tu Ummi  masak untuk lauk tengahari. Sementara anak² balik sekolah tu, Ummi layan dulu Pulut Kuning dgn Kari Ayam. Latebreakfast la kiranya. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2713