Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2688

Singgah Solat @ Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara

$
0
0
Ada urusan di Bukit Damansara tengahari tadi, langsung kami tunaikan solat Zohor di Masjid Saidina Umar Al Khattab yang terletak di Jalan Setiabudi. 

Lama tak datang area sini, terkejut juga tengok pembangunan yang agak extensive di kawasan ni termasuk kewujudan Pavilion Damansara Heights. 

Pintu masuk Masjid Saidina Umar Al Khattab 

Tandas, bilik wudhuk dan baby changing roomall in one place. Selesa, bersih dan dijaga dgn elok 👍

Ruang solat Muslimat di tingkat 1. Ada juga kemudahan lif bagi yang memerlukan. 

Excited first time jumpa masjid yang gunakan pintu begini; kena press button baru terbuka pintu masuk ke ruang solat Muslimat ni. 

Kemudahan tongkat dan kerusi roda utk yang memerlukan. Baguskan... 

Paling mengujakan, ada reading room yang sangat cosy dan best.... Sejuk, ada aircond.  


Adik excited le jumpa buku ... 
Atas tu macam escalator tapi tak pasti la sebab kami tak masuk ikut situ. Tapi ianya idea yang amat bagus bila mana ruang bawah ni dimanfaatkan sebaiknya dgn diwujudkan sudut bacaan ni. 

Untung anak² kariah masjid ni, ada masjid yang cantik dan ada kemudahan yang baik dan pelbagai. Pengerusi Masjid ni ialah Tan Sri Syed Hamid Albar, mantan menteri kabinet. Pastinya idea dan pengalaman luas beliau dimanfaatkan sepenuhnya utk pengurusan dan penambahbaikan masjid ni. 

Semoga masjid ni terus dimakmurkan dan kemudahannya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penduduk setempat. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2688

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>