Colmar Tropicale Part 1
Memandangkan trip ni ke tempat sejuk dan kawasannya dikira exclusive dan limited tempat makannya maka Ummi dah siap bekal untuk dinner🫣 Takdelah bekal apa sangat pun, Ummi bawa sambal bilis, serunding dan nasi serta kek birthday Adik serta creampuffs. Dan rezeki kami juga, pagi tu En Rizal Caterer hantar Nasi Lemak Pandan. Angkut sekalilah sebab tengahari tu kan makan kenduri.
Makan malam kami beserta majlis sambutan bday Adik 😆
Lepas Isyak kami turun jalan² di sekitar tempat ni...
Setiap block tu nama lain² tapi semuanya bersebelahan dan bertentangan lalu membentuk common area di tengah² ni. Malam tu ada 2 cafe yang dibuka, 1 kedai kopi terkenal milik BFood (owned by TS Vincent Tan juga), 7E ( juga milik TS) dan 3 kedai cenderamata. Ada satu lagi kedai; French bakery tapi tutup. Semua kafe ni memang penuh dengan pengunjung. Dan harganya juga tidak murah ye. Faham² sajalah tempat sebegini, food are pricey due to the location and its exclusivity.
Tapi ada choice i.e 7E yang jual ready to eat menu.
Ada juga pilihan sandwiches, onigiri, oden dll. Harga affordable. Harga keropok, roti, mi segera dll pun tak lah terlalu tinggi berbanding di tempat² biasa.
Harga souvenirs pun mampu beli, bukan harga cekik darah. T-shirt yang Walid beli cuma RM25, standard price Ummi rasa.
Ramai pengunjung tapi tidaklah terlalu sesak. Kawasan ni juga selamat untuk kanak² sebab takde kenderaan lalu lalang kecuali mini double decker bus dan mini train.
Adik, Kakak dan Angah naik double decker bus ni. Tiket RM10/seorang. Dia bawa pusing dari water fountain👆 tu hingga depan The Chateau 👇
Aktiviti malam ni sekadar menikmati keindahan kawasan ni yang berlampu² dan ambil gambar.
Suhu 26°C, lepas tu hujan pulak. Nikmat!