Sempena cuti sekolah dan hadiah untuk birthday Adik juga, kami ke Colmar Tropicale, Berjaya Hills di Bukit Tinggi tu... Walaupun jaraknya +-40km dari Gombak, inilah baru kali pertama kami sampai ke sini.
Dari kenduri di Sugeh Resort Kuang kami terus bergerak ke Berjaya Hills (BH). Merasalah 'makan jem' nak ke Pantai Timur, sebab time ni dah pukul 3 lebih. Kenderaan makin banyak sebelum masuk Tol Gombak lagi.
Pukul 5 lebih baru sampai exit ke BH. Alhamdulillah walaupun 'jem melekat' tapi cuaca elok petang tu. Kalau hujan mungkin lebih teruk kesesakan lalu lintasnya.
Keluar dari exit ni ada satu checkpoint. Guard akan tanya tujuan dan minta info tempahan hotel dan ambil gambar kereta.
Then mulalah pendakian berliku-liku macam naik ke Genting Highland ataupun ke Cameron Highlands ikut Tapah.
Dalam 15 minit dari 1st checkpoint tadi, ada satu lagi checkpoint. Kena bayar entrance fee untuk ke atas sana. Tapi mungkin kerana kami dah book hotel, tak dikenakan sebarang bayaran. Ummi ada baca dari blog² lain katanya kalau hotel guest pun kena bayar tapi refundable. Mungkin ada perubahan.
Akhirnya kami masuk ke dunia lain:p
Terpesona tengok bangunan ni...
Mula² kita nampak ni (3 gambar 👆) The Chateau Spa & Wellness Resort. Memang cantik sangat rekaan bangunannya.
Berhadapan dengan The Chateau ni Colmar Tropicale.
Terus feeling berada di overseas gitewww :D
Dekat bangunan² ni lah bilik hotel dan kedai².
Untung yang dapat bilik menghadap bukit atau 'pekan Colmar'.
Bilik kami hadap bangunan sebelah.
Tapi still ada vibe perkampungan Perancis :)
Kena sidai di luar bilik sebab access card tak berfungsi. It happened to other guests also, sebab tengok masing² tak boleh masuk bilik 🤭 Ada staff datang reset baru boleh masuk bilik.
Here's the room...
Some facilities looked dated, tapi berfungsi dengan baik. Itu yang penting.
First time kot check in hotel and found this kind of reminder. Tingkap bilik memang boleh dibuka that's why depa bagi peringatan supaya berhati². Dan kami terserempak dengan monkeys ni, besaq dan tembun² 😅
Stay tune ye...