Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2755

Jamuan Raya Walid @ 1 Zulkaedah 🤭

$
0
0
Kan dah cakap, ramai yang terlajak raya 😁

Untuk jamuan raya Walid ni 1 Zulkaedah baru dibuat. Masing-masing sibuk agaknya, sekarang baru dapat kumpul semua. 

Jamuan secara potluck macam biasalah... Ummi sediakan Rojak Buah. Takde idea dah nak masak², sementelah tengok list menu depa dah macam² yang ada; nasi Arab, lemang, ketupat, rendang, nasi impit, puding, kek... 

Nenas tu sebiji RM6.00, besaq.
Mangga tu namanya Mangga 3 Rasa, baru tau ada nama tu :) 
Betik masa beli (Rabu) hijau lagi, Jumaat tu dah kuning. Tapi belum ranum, onz
Jambu batu tu sebijik dah lembik :( 
Apa yang ada je lah, pagi² buta nak cari buah ganti pun mana nak gagau kan? 


Buah extra pun Ummi bagi sekali. Bekas kaca tu untuk letak kuah. 

Kuah Rojak Mak Bee habis stok, Ummi beli Adabi. Walid kata sedap juga. 

Banyak sangat makanan sebab combined 2 department. Dapat jugalah kami tumpang merasa....


Kambing bakar, roti jala & kari ayam, murtabak dendeng, ketupat palas super sedap, serunding, nasi impit, kuah kacang, kuih muih semuanya sedap² belaka. Alhamdulillah rojak buah Ummi pun licin Walid cakap, dengan bekas² buah extra pun lesap haha... Depa tapau food guna bekas tu :) Takpa, tipuware ja ahak! 

Cara Berlauk Aunty Ariha order ni sedap. Seketul seringgit kot. Okay kot sebab intinya penuh dan sedap rasanya. 

Tahun depan buat lagi ye :p







Viewing all articles
Browse latest Browse all 2755

Latest Images

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>