Lama betul bercuti dari bawa bekal anak² ni... Bukan apa, lepas buka sekolah bulan 3 hari tu puasakan, lepas tu raya... Minggu lepas baru mula balik projek bekal ni. Lama dok kumpul kekuatan haha ... Ini pun akhirnya terinspirasi dengan post Irene Nadia di TT; Bekal 4 Beradik. Sama dengan SRAI, sekolah anak⁴ beliau pun lunch provided tapi anak⁴ beliau still request bekal setiap hari.
Kakak je yang rajin nak bawa bekal sekarang. Adik taknak sebab everyday nak beli nasi lemak telur rebus Acik tepi sekolah tu. Untuk lunch, makan nasi yang kantin sediakan. Bekal ni untuk makan waktu rehat pertama.
Gambar gelap tak cukup cahaya :p
Egg Mayo Sandwich.
Buah Oren hari² selagi tak habis 😁
Jumaat tak bawa bekal, bagi peluang Kakak beli food di kantin.
Moga² Ummi istiqomah 💪