Puding Kastard Koktail ni Ummi buat asalnya untuk jamuan raya potluck PIBG SRAI Sabtu lepas, usai Majlis Muafakat UPKK & PSRA. Tapi kastard yang Ummi masak tu agak lembik, jadi Ummi jadikan dessert untuk kami anak beranak je.
Sumber: Rasa
Bahan-Bahan (boleh pelbagaikan ikut selera):
Nata de Coco
Buah dalam tin
Sumi
Laici tin
Bahan-Bahan Kastard:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
4/5 tin susu pekat manis – (kalau nak manis sikit, letak 1 tin susu pekat) - Ummi letak +-1 cawan
Cara Penyediaan:
1. Satukan semua bahan kastard, sebatikan kemudian buka api.
2. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Masak lama sedikit anggaran 5-10 minit selepas mendidih.
3. Masukkan terus dalam bekas dan biarkan ianya keras di luar (20-30 minit). Kemudian simpan dalam peti ais.
Bahan Kuah:
1 tin susu cair
2 tin air - sukat guna tin susu cair
Sedikit air buah dalam tin
Sedikit gula
1 sudu teh esen vanila
½ tin susu pekat manis - letak dlm ¼ cawan (adjust ikut nak manis takat mana)
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
Cara Penyediaan:
1.Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih anggaran 2 minit. Padamkan api. Biarkan sejuk seketika.
Cara Hidang:
1. Untuk menghidang, letak sumi, laici, buah dalam tin, sumi dan nata de coco dalam bekas bersesuaian.
2. Potong kastard yang telah mengeras tadi. Saiznya ikut kesesuaian. Jangan terlalu besar.
3. Tuang kuah yang dimasak tadi. Sejukkan sebelum dinikmati atau boleh juga hidangkan bersama ais.
Selamat mencuba 🤗