Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2623

Cuti 1 Mei

$
0
0
Selamat Hari Pekerja semua! 

Cantik tema Hari Pekerja tahun ni. Nak tau maksud kesuma/kesuma bangsa tu sila Google 🤗 Yang pasti Ummi suka kalau guna bahasa Melayu klasik sebegini, auto terasa bangga kekayaan bahasa kita. 

Banyak juga aktiviti hari ni. Sebab masih dalam bulan Syawal, ramai ambil peluang buat rumah terbuka. 

Antaranya masjid kariah kami. 

Walid bertugas jaga kaunter sate. Dapat jugalah kami merasa sebab Ummi & gegirls tak ikut. Walid naik motor je, malas nak berebut parking dan nak elak traffic jam

Gerai sate dapat anugerah Gerai Popular & Tercantik. Tumpang bangga :D  

Untuk lunch Ummi repeat masak Nasi Ayam sebab hari tu tak puas makan 😆 

Nak ke asrama sekejap tapi belum keluar Sri Gombak dah 'sangkut'🤭

Setel urusan anak² di asrama patah balik ke rumah sebab Cg NAAZ, bekas guru kelas & guru BoJa Kakak buat open house. Alhamdulillah rumah Cikgu yang terbakar tahun lepas dah selesai dibaikpulih. Setahun juga kalau tak silap mereka menyewa di luar. 



Hujan lebat masa sampai di rumah Cikgu. Nampak ada sup dan roti, terus ambil. Hujan² ni memang layan la hirup sup kan...


Ummi nampak Ketupat Palas Kelantan, amik juga 2 biji. Bukan selalu jumpa ni... 

Versi inti serunding, mabeles! 
Hari tu nampak Mama Tisya post, hati terus gundah haha ... Mana la nak cari ketupat ni ...
Ummi pernah makan sekali dua sebelum ni. Alhamdulillah hari ni Allah bagi rezeki makan Ketupat Palas Kelantan ni. Beza dengan Ketupat Palas Utara, KPK ni pulutnya (bahagian putih) tu pun manis. KPU pula rasanya lemak masin² gitu. Apapun rasanya, masing-masing ada keistimewaannya dan jadi kegemaran Ummi. 

Terima kasih daun keladi Cikgu jemput kami 🤗

#Adik pakai shawl Walid beli :D




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2623


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>