Hanya Allah yang tahu perasaan Ummi bila dapat memziarahi pusara Ayahanda; Almarhum Pak (Tok Wan for thekids). Pergi meninggalkan Ummi 23 tahun yang lalu.
" Pak tak dak harta nak tinggal ke mu, belajar molek², hanya dengan pelajaran dapat ubah nasib kita"
Masih kekal kukuh dalam ingatan pesan arwah yang dituturkan lebih 20 tahun lalu.
Bagaikan tahu masanya akan tiba, Tok Wan juga pernah berkata,
"Pak rasa Pak tak dan tengok mu bulih ijazah, tapi takpa la. Pak tengok dah mu masuk universiti"
Tok Wan pergi selamanya waktu Ummi sedang berjuang di medan ilmu demi segulung ijazah yang didambakan.
Walaupun hanya sekadar merenung nisan tak bernyawa namun sedikit sebanyak rindu yang tersimpan terlerai juga. Moga rindu yang tak pernah padam ni Allah gantikan dengan pertemuan abadi di syurga-Nya kelak 🤲 Itulah DOA Ummi saban waktu; moga Allah himpunkan Ummi dengan seluruh ahli keluarga khususnya Tok, Tok Wan, Pakcik semula di sana kelak.
Rindu sangat² 😭😭😭