Hujung sesi persekolahan ni banyak aktiviti anak4 di sekolah. Abang ada futsal tournament, inter Halaqah 31.1.
Alhamdulillah Halaqah Abang dapat tempat ke-2 dari 7 team (Halaqah). Tahniah team Warsh 👍👍👍
Habis main, Ustaz bawak gi shopping :D
Lepas tu UR bawa gi piknik...
Sebelah petang pula ada jamuan kelas 3H, kelas Abang. Sama hari dengan jamuan kelas Kakak.
Dari F1 hingga F3 depa sekelas, tahun depan ikut aliran masing²-lah. Mungkin ada yang sekelas, mungkin ada yang tak sekelas lagi.
Ahad sebelum tu ada sesi tukar² hadiah sesama depa, harga minima RM30. Abang dapat dompet dari Hasina. Dia pula kena bagi hadiah kpd Fatimah. Abang bagi buku. Adalah juga kenangan sepanjang 3 tahun sekelas.
Ni masa jamuan...
Meriah menu depa... Ada nasi minyak, lauk ayam, limau Mandarin, kek tapak kuda dll... Kutip duit seorang RM10 kata Abang... Alhamdulillah kenyang sungguh Abang hari ni. Pagi makan, tengahari makan, petang pun makan lagi. Kenyang ya amat dia kata :D