Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2620

Jam Untuk Abang

$
0
0
Banyak kali dah belikan jam untuk Abang. Pernah beli dengan duit Makcik bagi RM50 sempena 8A UPKK. Tak silap Ummi beli di Mydin Meru. Mana hilang jam tu Ummi pun tak pasti. 

Bila dia masuk form 1, Ummi belikan lagi jam sebab nak masuk asrama kan... Tapi Ummi beli dekat Mr DIY ja sebab tahu dia tak pandai jaga barang. First time pula nak duduk asrama. Kalau hilang ke tak ralat sangat. Tak hilang, tapi rosak! Biasalah barang murah kan... 2-3 utas juga Ummi belikan sebab kesian dengan dia, baru nak belajar hidup berdikari. Jam loceng pun Ummi belikan juga. Pun sama, asyik rosak! Sejenis yang gopoh, asyik jatuh je jamnya pun 🤦 
 
Pergi KT bulan dua tahun lepas dia minta jam masa shopping di Pasar Payang. Ummi pun belikan, yang copy ori. Tahan jugalah tapi masih pendek umurnya di tangan Abang 😇 Tali putuslah, skru tercabutlah.... 

Lepas tu sejak sebulan lepas, dia pinjam jam tali besi Walid. Lepas 2 minggu pakai, eh skru tali jam tercabut! Alahai anak, macam-macam. Dah dibaiki yang tu , tak lama kemudian, jarum jam pula loose. Sebab jatuh!  Balik cuti sekolah ni tak tahulah apa pula masalahnya, Walid dah hantar ke dealer untuk repair. Tangan dia besar dari tangan Walid . Muat jam tu tapi ngam², agaknya bila pulun juga nak pakai itu yang skru pada tali longgar/tercabut. 

Alhamdulillah rezeki dia, Walid beli jam baru. 


Jagalah elok² Abang ye, Ummi pun tak larat nak pesan dah 😅

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2620


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>