Inilah Kari Ikan Tanpa Santan airtangan Ummi, yang resepinya Ummi ambil dari blog Kak Amie.
Ummi gunakan ikan tongsan. Nampak segar elok ikan ni, siap dipotong. Ambillah sepeket.
Isinya seakan ikan siakap, tapi ada tulang halus dicelah-celah isinya. Tak banyak tulangnya tapi tetap kena hati-hati.
Lain sikit cara masakan Kak Amie ni, tapi itu yang buatkan Ummi nak sangat cuba :D
Terung dan kacang panjang perlu digoreng terlebih dulu. Warna terung dan kacang panjang tu kekal bila digoreng, cantik!
Kemudian, tumislah bahan hiris; bawang merah + bawang putih + bawang besar + halia beserta halba campur, serai dan daun kari. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari ikan + serbuk cili. Tambah air jika kering. Tumis hingga pecah minyak. Tambah air dalam 2 cawan, biar hingga pecah minyak dan mendidih. Masukkan ikan dan biar hingga ikan masak. Masukkan tomato ceri dan perisakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kemudian masukkan jus limau nipis. Kacau sebati karinya. Tutup api, masukkan kacang panjang dan terung tadi. Hidang panas².
Seperti selalu, ambil gambar dalam periuk je mampu haha...sampai di meja makan, tak sempat dah nak berfoto bagai 🤭
Ada kelainannya rasa kari ikan ni bila guna jus limau nipis. Rasa masam tu lain, tapi sedap!
Untuk resepi lengkap, sila ke dapur Kak Amie. Terima kasih daun keladi ye Kak Amie 🌷