Lepas kursus umrah dapat merasa kurma segar, 2-3 hari lepas dapat pula kurma Ajwa! Allahu Akbar, berturut-turut pula ☺️
Nenek Medina bagi buah tangan dari Tanah Suci. Cik Tah sampaikan kepada Ummi petang semalam, alhamdulillah ingat mereka pada kami. Medina ni kan bff Kakak tahun lepas. Tahun ni tukar kelas, bff pun tukar 🤭
Kacang cerdik dan kurma kegemaran Ummi. Ummi ni tak kira apa jenis kurma, semua Ummi suka. Tekak Arab! Haha...
Hari yang sama juga ada aktiviti masak memasak unit beruniform. Adik bawa balik sandwich sardin ni untuk Ummi. Cikgu HN suruh ambil sorang satu, termasuk murid-murid darjah 1 yang dok tunggu abang kakak habis Gerko. Meriah nampaknya aktiviti semalam. Kakak buat roti lilit, tinggal sekejap tengok² dah hilang rotinya yang sedang dipanggang atas unggun api! Angah pula bawa sosej seperti yang diminta. Rupanya kena goreng dulu sosej tu, tapi info tak sampai kepada dia. Selamat sosej Ummi haha...