Dari Jumaat hingga Ahad Angah ada Perkampungan Ilmu PSRA. Jadinya sepanjang weekend kelmarin ni takde rehatlah dia. Jumaat program sampai malam (solat hajat tu), Sabtu dari pagi hingga petang (itu yang belanja dia di Chan Rak Ter) dan Ahad hingga jam 1.30 ptg.
Penatlahkan, weekend tak berehat. Semalam dia 'tumbang'!
Pukul 1.30 dia dah call, pinjam telefon Cg Bazi. Ummi otw tu dia call lagi sebab lambat sangat Ummi sampai 😅
Malam tadi, Walid bawa jumpa Doc. Ummi dah boleh agak, bibir kering je tu memang kurang minum air dan tonsil bengkak. Air kurang dalam badan, mulalah badan rasa tak selesa; rasa nak demam dan tak larat. Ditambah pula dengan tekak sakit sebab tonsil bengkak tu kan...
Bolehlah rehat secukupnya Angah ye.