Siang ambil report card, malamnya sekali lagi ke SRAI untuk majlis Solat Hajat PSRA pula.
Alhamdulillah kali ni Walid dapat join. Tahun lepas Solat Hajat UPKK Walid outstation. Jadi kami terpaksa tumpang Cik Lia.
Slot motivasi disampaikan oleh Ust. Sulaiman, mantan guru SRAI. Pengisian Ustaz tentang ciri-ciri orang berjaya seperti yang digariskan dalam Surah Al Mukminun ayat 1-11. Ada 6 ciri orang yang berjaya, dengan 2 daripadanya berkisar tentang solat iaitu;
1. Kusyuk dalam solat (ayat 2)
2. Memelihara solat (ayat 9)
Kesimpulannya yang Ustaz beri, kata kunci untuk jadi orang berjaya ialah solat. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang kusyuk dalam solat dan memelihara solat 🤲 Termasuk dalam memelihara solat ialah solat di awal waktu.
Lepas solat Isyak, selesailah majlis.
Mudah-mudahan Angah dan semua kawan-kawannya dapat mumtaz PSRA 🤲
Gred PSRA dan gred subjek di bawah JAIS...
Pengiraan gred PSRA ;
Angah mumtaz!