Jumaat minggu lepas Hari Bicara Akademik (HBA) Abang, Jumaat minggu ni 22/9 HBA Angah dan adik² dia pulak.
Lepas anak³ masuk sekolah, Ummi tunggu je dalam kereta hingga pagar buka.
Ummi pergi kelas Kakak dulu. Alhamdulillah, tidaklah mengecewakan walaupun Ummi target higher untuk dia.
Banyak nak kena improve khususnya subjek agama. BA JAIS dapat 47%, tapi BA KPM dapat 94%. Dia tak jawab bahagian kefahaman, tak reti katanya.
Susah hati Ummi, subjek teras tak memuaskan skornya. PKSK back to back dengan PSRA awal bulan depan. Mudah-mudahan sempatlah dia ulangkaji dan polish subjek⁴ teras ni.
Akhir sekali Ummi ke kelas Adik. Alhamdulillah, berita gembira menanti :D
Tahniah Adik!
Alhamdulillah, apapun syukur dengan keputusan PPT kali ni. Cumanya kena berusaha lebih kuat terutamanya Angah dan Kakak. Dari segi sahsiah berdasarkan feedback guru², alhamdulillah semuanya menyejukkan perut Ummi yang mengandung :p
Usaha lagi ye anak⁴ 💪