Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2624

Pertama Kali Lalu SUKE

$
0
0
"Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) is a 24.4km, three-lane, dual-carriageway running from Sri Petaling to Ulu Kelang"

Sabtu lepas, balik dari wedding SA kami dipandu oleh Waze agar ikut SUKE selepas keluar dari Grand SAGA. Ini kali pertama lalu sini sejak ianya dibuka. Tujuan ianya dibina ialah untuk memendekkan masa perjalanan sebab MRR2 tu tak pernah tak sibuk jalannya 😅

Bertingket-tingket...

Tinggi highway ni... 
Boleh nampak satu KL... 
Masa ni crossed Kg Tasik Tambahan, Ampang. Ingat lagi masa pembinaan SUKE ni , jammmm teruk area sini... 



Tol tak ingat berapa ringgit :( 

Sebelah pergi kami ikut Grand SAGA dan lalu LEKAS. Memang lekas sampainya haha...


Teruja first time kami sampai di Sikamat. 

Masa balik dari kenduri, Ummi cakap tak payah on Waze, Ummi ingat nak ke simpang ni, sebab kami nak singgah solat di surau Caltex Temiang. Sekali terlepas simpang, lajak sampai ke SASER 😆

SASER: Sek Men Sains Tuanku Munawer. 

Bersebelahan SBP ni, SMK Tunku Ampuan Durah (STAD), sekolah ternama di Negeri Sembilan dan dikenali juga di seluruh negara. 

Akhirnya kami berjumpa jalan keluar haha... Lepas solat pakat usung boba tea sorang sebekas... 

Brown Sugar Bubble Milk
Macam cendoi kata Walid 😆

Caltex ni unik; dia buka kaunter kecik je untuk cashier dia tapi sebelah menyebelah dia ada Zus Coffee, Family Mart dan Watson's. Sebelah belakang ada surau dan tandas. 

SA selalu singgah sini tak? 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2624


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>