Buah pulasan buah rambutan
Sama manis sama lekang
Harta dunia jadi rebutan
Nafsu serakah tidak dikekang
(Credit: Malay Civilization)
Jiran open order buah pulasan, freshly picked. Sekilo RM6, Ummi beli 2 kg. Alhamdulillah isinya tebal, manis dan lekang. Buahnya pun memang segar, ada yang masih kehijauan.
Alhamdulillah anak-anak suka buah ni. Bolehlah Ummi beli lagi kalau jiran tu open order lagi. Setakat Ummi tengok status WA dia petang semalam dah 44kg terjual. Hangat sambutannya 👍
Ini pula pisang awak di luar pagar haha...
Walid balik kerja nampak ada pisang disangkut pada pagar.