Jumaat 21/7 anak² Tahap 2 ada acara Merentas Desa peringkat sekolah. Sekolah buka peluang kepada parents untuk jadi volunteer jaga checkpoints. Ummi, Aunty Farah, Cik Ita, Cik Kie, Cik Lia, Cik Nasmi dll seramai 10-11 orang gitu plus 3 orang geng alumni SRAI antara yang joined. Dah lama tak dapat turut serta program sekolah (kekangan PKP, rules sekolah dsbnya) kali ni masing-masing lepas geramlah 😂
Ibu hebat, anak-anak pasti lebih hebat. Eh😅
Sekolah sediakan sarapan. Puashati masing-masing dapat lepak di kantin sekolah ni. Nostalgia betul haha ...siapa yang tahu, tahulah :p
Lepas serba sikit taklimat, kami dibawa ke checkpoint masing-masing... Alhamdulillah cuaca sangat baik pagi tu, cerah tapi tidak teruk. Hari² sebelumnya hujan...
Ummi dapat checkpoint last; CP33. Paling dekat dengan pagar sekolah.
Selain jaga route agar tak sesat, Ummi juga jadi tukang sorak. Bagi semangat suruh diorang teruskan. Ada yang melompat, ada yang menjerit bila Ummi tunjuk pagar sekolah di seberang jalan tu haha... Ummi dulu atlet sekolah, faham betapa penatnya merentas desa ni hikhik ...
Jiran Ummi, Aunty Farah CP32. Mula-mula ingat boleh borak², rupanya CP AF ke dalam lagi, dekat masjid...
Masa ni anak-anak baru nak bersenamrobik bagai... Geng jaga CPs ni kemain boring, masing-masing dah terpisah.. Penat ber-selfie, mulalah berborak dalam group... Keluarlah sisi lucu masing-masing...
Seronok track merentas desa depa, masuk kampung semua... Kali ni cuma 3km, semuanya jalan dalam. Masa Ummi joined dulu, lalu jalan besar juga. 5km kot...
Dah mula, boys dulu...
Terkejut Ummi bila semua lari ke arah jalan tepi CP Ummi ni huhu... Terpaksalah diorang kona masuk jalan yang benar semula :D
Tiba² nampak Angah... Tak sempat suruh dia berhenti ambik gambar. Lagipun dia nak ligan spot top 10... .
Mai tang Kakak kelakar sikit ... Ummi suruh dia stop kejap, nak ambik gambar...lepas tu Ummi cakap, cepat sambung lari, boleh dapat no 5-6 ni... Sekali, kawan dia tu dengar, terus member pecut. Kakak tertinggal belakang :D Tersabotaj Kakak la pulak haha...
Tahun lepas Angah dapat tempat ke-8.
Untuk tahap satu pula, ada pertandingan mewarna dan tayangan video...
Selesai bertugas, kami dijamu makan lagi...
Alhamdulillah, hari yang sangat mengujakan.