Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2683

Salad Kentang

$
0
0
Semalam Ummi buat ayam bakar. Salad Kentang pula boleh jadi best friend dia jadi kita regukan. 

Gambar asal boleh je, sorry😅

Resepi Ummi ambil dari blog Kak Patin aka Dr Fatin Liyana. Dulu masa mula ber-blog Ummi suka baca blog dia. Then, lepas kahwin dan buat housemanship dia slow down blogging. Ummi pun dah lama tak ikuti blog dia. 

Simple je resepinya but sedap dan it's gonna be a keeper recipe for me. 

Salad Kentang 
1. Kentang - bersihkan, potong dadu dan rebus bersama garam hingga empuk. Toskan dan ketepikan.

2. Untuk salad dressing, satukan dan gaul sebati mayonnaise + jus lemon + air (sikit) + stok pati ayam. 

3. Hiris daun bawang. 

4. Masukkan kentang rebus dan daun bawang ke dalam dressing (#2) dan gaul.sebati semuanya. 

5. Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk. Seeloknya dimakan selepas beberapa jam.

Sedap dan ringkas. Nak buat untuk sesi makan-makan atau potluck pun sesuai sangat salad kentang ni. 
Cuba tau 🤗



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2683

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>