Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2706

Bahang Bay Hotel, Penang

$
0
0

'Best giler'staycation di Bahang Bay Hotel Penang ni. 


Paling Ummi suka semestinya bilik dia. Besar dan sangat selesa dan lengkap semuanya. Sesuailah dengan rate-nya RM362.66 semalam. 




The kids knew it well how to use all the facilities :) 


Massage chair ni paling jadi rebutan depa :D 

Bilik air...

Bilik kami ni kata big boss-nya bilik premium. Patutlah mengagumkan! 
 Ada L-shaped balcony sebab bilik 'corner lot'. 

Panjang balkoninya hingga ke tingkap bilik air. Jangan nak mengintai sudah 😅

Sebelah sini pula boleh nampak swimming pool...


Tapi view paling cantik semestinya dari katil. Singkap je curtains boleh nampak pemandangan laut yang sangat indah.


Macam kat Perth kata Walid :p 
Pastu dua-dua dok berangan nak cari rumah tepi pantai haha... 

Pandang laut ni hati jadi tenang. Ralit je, sebab tu Ummi banyak stay dalam bilik. The next morning Walid sorang je teman anak4 mandi pool. Ummi bermalas-malasan di bilik je, layan perasan :p Ingat nak urut badan tapi kena booking 4 hrs earlier, tak jadilah

Pakej urutan..

Love 👆 kitorang buat guna selipar hotel. Nice tak? Kakak tukang pegang, Ummi tukang snap gambar. 

Ini jalan nak ke hotel. Depannya ada main road, across the main road tu pantai.

Jalan ke pantai, exclusive for hotel guests. Kalau public diorang ikut jalan tepi Angsana, another hotel in this area. Ada satu abandoned hotel, Mutiara Hotel milik TS Syed Mokhtar katanya akan beroperasi semula selepas 16 tahun terbiar. Bila bertambah hotel mungkin akan bertambah meriah kawasan Teluk Bahang ni. 

Paling menarik sebelum balik semula ke hotel kena basuh kaki dulu. Excited (dan kekok) anak4 Ummi guna gayung tempurung kelapa tu :D 

Selain tempurung kelapa, depa juga guna tempayan untuk isi air. Pujian harus diberi kepada pihak hotel kerana mengenengahkan elemen tradisional yang secara tidak langsung memberi pengalaman baru bukan saja kepada pelancong luar tetapi generasi muda juga.

It was a wonderful staycation and definitely we will come back, Insha Allah .

Bahang Bay Hotel
No 15 Jalan Teluk Bahang
Teluk Bahang
11050 Penang 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2706

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>