Sibuk dengan aktiviti anak-anak sempena cuti Maulud Nabi ni. Jika Sabtu Angah ada program UPKK, Ahad giliran Adik pula.
Adik terpilih untuk acara bercerita, kisah Nabi Ayyub A S. Pada awalnya, cikgu pilih Adik untuk acara hafazan. Dah berlatih separuh jalan, cikgu tukar ke acara bercerita sebab takde murid yang boleh bercerita. Kalau hafazan, boleh bagi peluang kepada murid lain sebab hafazan memang termasuk dalam silibus Pasti. Bff Adik, AH ambil tempat Adik.
Dalam peti harta Kakak pegang tu ada uang emas...uang emas..haha .. kawan-kawan pula pakat pinjamkan gelang, rantai, cincin hiasan hehe....
Ayyub diuji kali kedua
Hancur rumahnya dilanda gempa
Anak-anaknya mati semua
Tinggallah Ayyub dan isterinya
Hari Alam Ria ni penyertaannya untuk anak-anak 6 tahun tapi ada juga anak-anak 5 tahun yang masuk. Sekolah Adik pun acara Azan dan Khutbah diwakili oleh pelajar 5 tahun; Aqil & Ben.
Kali ni acara diadakan di SMK Sg Pusu. Setiap acara tu diadakan serentak. Adik tak dapat tengok persembahan kawan-kawan lain kecuali team nasyid. Dari jauh dah dengar suara Meq, terus dia ajak ke dewan utama.
Alhamdulillah penat lelah berlatih terutamanya 2 minggu kebelakangan ni berbaloi. Adik berjaya dapat tempat ke-3. Alhamdulillah syukur.
Alhamdulillah keempat-empat permata hati Ummi terpilih untuk merasai pengalaman beraksi di Alam Ria;
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات