Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2623

Hari Merdeka & Hari Malaysia 2021

$
0
0
Pelbagai acara yang diatur oleh pihak sekolah anak4 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Memandangkan kedua-dua hari istimewa tersebut berselang sekitar 2 minggu makanya sambutan keduanya digabungkan. 

Pelbagai acara dianjurkan oleh pihak sekolah cuma Abang masuk pertandingan Sudut Kreatif Merdeka.

Rasa macam dah hebat dah, tapi tak menang pun haha... Takpe, sekadar meriahkan sambutan.

Cara menghasilkan tanjak Ummi godek dekat YouTube, inilah hasilnya :) 

 Sibuk je hikhik...

SRAI pun anjurkan pelbagai acara tapi Angah dan Kakak cuma nak join kuiz. Ummi pun tak paksa, ikut depa je asalkan depa tahu Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tu apa, itu yang lebih penting. Dan depa dua pun tak menang kuiz ni. 

Adik pula joined pertandingan mewarna anjuran PAS Kawasan Gombak. Cikgu minta anak2 Pasti join. 


Adik pun tak menang. Tapi dapat sijil...


Satu lagi program ialah anjuran Nazim Gombak. Kakak yang join program ni...


Kakak masuk pertandingan esei 👆


Alhamdulillah, ada rezeki Kakak :)


Tahniah Kakak 👏👏👏

Tak kisah menang atau kalah, janji anak-anak rajin mencuba. Selain pengalaman, pastinya sikit sebanyak penyertaan dan penglibatan dalam sebegini mampu membentuk keyakinan diri mereka. Dapat hadiah, alhamdulillah syukur. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2623