Yeah, cuti sekolah! Bukan anak-anak je happy, Ummi terlebih lagi 😅 Stress tau PdPR ni :(
Anak-anak Ummi contohnya, dah mula menunjukkan rasa bosan ber-PdPR :( Walaupun kita dah sediakan segala kelengkapan utk belajar; hand phone, laptop, printer, data Internet tapi semua tu tak dapat gantikan keseronokan depa belajar face to face dengan cikgu, bergaul dgn kawan-kawan sekolah dan keseronokan berada dalam persekitaran sekolah.
Sedikit coretan kenangan antara cabaran-cabaran yang dilalui dalam mengharungi PdPR sebelum cuti sekolah kali ni...
Blackout during exam. Sudahlah exam online, letrik takde pulak. Adalah beberapa classmates Angah terlibat ni masa exam RBT Jumaat lepas.
Earphone/headphone rosak, putus tali, sebelah telinga dengar, sebelah tidak. Tahun ni saja dah 2-3 kali beli pulak tu! Kelas pula serentak, tak dapatlah nak share atau pinjam meminjam sesama depa.
Handphone ternganga! Bateri kembung :( Lunyailah hand phone lama Ummi ni pakat guna. Then tukar guna phone lama Walid. Tiba-tiba dalam bulan lepas, tak boleh charge pula. Charging port rosak agaknya. Dedicated phone untuk PdPR pentingterutamanya bagi Abang sbb everyday Ustazcall untuk tasmik hafazan.
Keyboard laptop ni pun rosak. Kena pakai external keyboard. Hari-hari kena 'ketuk' dengan budak-budak ni 😇
Kerusi patah guys! Paling kurang 3 jam setiap sesi PdPR Kakak & her brothers. Tak mustahil garden chair ni boleh patah bila silih berganti anak-anak Ummi duduk. Duduk pulak ada yang kaki naik, lutut naik sama atas kerusi, congket sana, jongket sini.. Boring!
Walau apapun cabarannya, Ummi selalu ingatkan anak-anak cabaran sikit sebanyak tu hadaplah. Ada orang jauh lebih susah lagi sebab tu kena selalu bersyukur. Caranya? Kena belajar rajin-rajin 🤗
Ini dari segi material, dari segi mental tak usah cakap. Ingatkan bulan 12 ni dah habis sekolah untuk tahun ni. Kelmarin MK Pendidikan umumkan sesi persekolahan tahun 2022 akan bermula pada bulan Mac. Sekarang ni cikgu-cikgu tengah kejar masa nak habiskan silibus, tup-tup extend ke tahun depan pulak sesi persekolahan tahun ni :(
Tapi itulah, zaman pandemik. Hati kena kental. Mental kena kuat sebab banyak ketidaktentuan dan perubahan polisi/keputusan berlaku dari masa ke semasa. Harapnya suku pertama tahun depan tu Covid dah reda, situasi selamat untuk murid-murid kembali ke sekolah. Jika terpaksa berterusan PdPR Ummi rasa ramai yang akan give up. Murid, guru, ibu bapa serta mana-mana pihak yang terlibat dengan PdPR ni pasti faham tekanan dan cabaran yang dihadapi ni.
Sebab tu bila tiba cuti sekolah, lega sungguh rasanya. Kalau setiap bulan ada school break pun ok jugak YB Menteri. Seminggu pun jadilah. To break free from the stress, at least for a while.