Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all 2700 articles
Browse latest View live

Bengkel Cikgu Bob

$
0
0
Sabtu lepas Ummi daftarkan Abang joined Bengkel Cikgu Bob. Cg Bob ni pakar subjek BM dan antara tenaga pengajar awal akhbar Didik keluaran Berita Harian. Sayangnya bila UPSR dibatalkan, akhbar Didik yang diterbitkan setiap Isnin dihentikan pengeluarannya. 

Kali ni fokus bengkel ialah bahagian C (Artikulasi Penulisan) dalam Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan diambil oleh pelajar-pelajar yang memohon untuk menyambung pelajaran ke SBP/SMKA di bawah KPM. Markah bahagian C ni 10%. 

Ummi risau sebenarnya subjek BM ni. Sebab prestasi Abang kejap OK, kejap KO 😇 Ada sekali tu, tahun lepas score dia bawah 50%. Padahal darjah 4 dulu naik pentas untuk kategori matapelajaran terbaik BM 2 (Penulisan). Over confident gamaknya. 

Lagi satu, subjek BM sekarang very technical pada pandangan Ummi. Banyak beza dengan time Ummi belajar dulu. Sekarang, hampir setiap perkataan tu ada makna, kegunaan tersendiri. Contohnya menghadiahi dan menghadiahkan. Kedua-duanya digunapakai dalam situasi berbeza. Zaman Ummi dulu rasanya tidaklah detail seperti sekarang. Asalkan maknanya sampai, boleh digunakan. Sebab tu bila ada peluang, kami hantar Abang ke bengkel atau seminar. Ini pun kali kedua Abang ikut program Cikgu Bob. 





Ini pula masa kali pertama Abang ikut program Cikgu Bob, tahun lepas... Program diadakan di Masjid Saidina Hamzah, Batu Muda. 


Parents pun ada joined time ni. Masing-masing bersemangat nak membantu anak-anak meraih kecemerlangan di samping mendapatkan ilmu sebab subjek BM ni tak semudah yang disangka. Walaubagaimanapun jika tahu teknik dan mampu tackle soalan, Insha Allah ianya akan jadi mudah. Dalam kelas ni ada murid berketurunan India, dalam 5 minit sahaja selesai buat ulasan berdasarkan gambar (Section B kalau tak silap) berdasarkan fotmat UPSR. 

Dalam kelas terbaru, ada seorang murid tu hanya ambil masa 20 saat untuk siapkan intro karangan. Seboleh mungkin Ummi nak Abang faham konsep ni. Takdelah ambil masa yang terlalu lama untuk siapkan sesuatu karangan sebab masa yang diberi hanya 30-45 minit je. 


Diharapkan adalah sesuatu (ilmu) yang Abang bawa balik dan boleh apply dalam peperiksaan nanti. 





Tragedi Oktober 😭

$
0
0
Ummi tengah sidai kain... Adik pula main depan rumah. Tiba-tiba Adik bersuara " Neo... Neo... " Neo tu anak kucing jiran. Time Abang2 dan Kakak ke sekolah, dengan Neo ni lah Adik selalu main. Neo pun manja dengan Adik, naik atas riba, gesel-gesel tu biasalah. 

Ummi pun pandang sekilas ke arah Neo. Mula tu nampak macam tengah baring, tapi macam kaku je. Ummi pergi dekat sikit, nampak ada darah. Allahu akbar! Neo kena langgar rupanya 😭😭😭


Mujur Adik tak sempat mendekat, Ummi halang dia. Taknaklah dia trauma nanti... Ini pun dia sedih Neo dah takde :(

Sebenarnya kereta anak jiran baru bergegas meninggalkan rumah. Mungkin Neo ada dibawah kereta time tu. والله اعلم. Neo ni pun 2-3 hari ni selsema teruk, nampak slow, asyik tidur je. Tadi tu tak sempat nak lari agaknya bila kereta bergerak huhu... 

Gambar kenangan Adik bersama Neo dan adik-adiknya; Soggy, Dora & Dori. Kanan sekali Ashelot, ayah depa ❤️

Sedih, tapi dah sampai ajalnya :( 

Nostalgia Buah-buahan Kampung

$
0
0
Dah lama Tok Ayah share gambar-gambar buah-buahan kampung ni dalam WhatsApp group family Jitra. Untuk tatapan cucu-cucu agaknya. Ummi simpan gambar-gambar ni dalam Phone Gallery dengan niat nak abadikan dalam blog. Selain untuk berkongsi info, dapat juga mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dulu. Ummi boleh relate hampir dengan setiap buah-buahan ni 😁 Dalam erti kata lain, rasa bertuah pula dapat kenal (rasa, makan, petik) buah-buahan kampung ni semua yang ada diantaranya sudah pupus di telan zaman. Atau jika masih wujud, sudah kurang dipedulikan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik gambar dan pengirim asal perkongsian ini. Mohon izin untuk Ummi kongsikan di sini.

Ummi dibesarkan di sebuah rumah kampung yang dikelilingi pokok-pokok buah-buahan. Berumah dalam dusun. Bermacam-macam pokok yang ada dalam dusun Tok Wan. Dari pokok durian, petai hinggalah pokok palas, pokok nangka... Just name it. Dan hobi Ummi lepak dalam dusun 😅 

Ada beberapa batang pokok tampoi dalam dusun Tok Wan. Yang paling lebat dan rajin berbuah ialah pokok di sempadan tanah kubur (tanah waqaf masjid). Tampoi berbuah sama musim dengan durian, langsat, manggis dan rambutan. Kenyang Ummi bila tiba musim buah-buahan ni. Pendapatan Tok Wan pun bertambah bila hasil dusun dipetik dan dijual. Oh ya, kami panggil buah tampoi ni buah mekhey. Rasanya manis, isinya lembut berbiji. Bukan buah favorite Ummi :) 

Ada sebatang pohon rambai besar di dusun yang mengeluarkan buah saban tahun. Dan buahnya sangat manis. Tak semua pokok rambai buahnya manis tau. Pokok rambai ni lagi tua dari Ummi. Dari Ummi lahir hingga umur dah 4-series pokok rambai ni masih berdiri gagah. Cuma sudah kurang menghasilkan buah. Kenangan paling manis bila Tok Wan buatkan buaian kayu dan digantung di dahan rambai. Berangan jadi Bawang Merahlah Ummi time berbuai tu 😜

Waktu Ummi kecil ada beberapa batang pokok setoi (setol) di kampung. Pokoknya besar dan tinggi, tunggu buahnya jatuh gugur baru dapat makan ataupun kadang tu dikait dengan galah yang panjang. Isinya masam manis, lembik berbiji. Buah ni sedap dibuat jeruk. Sekarang ada pokok setol di belakang rumah pusaka kami tapi baka 'ringan', cepat berbuah. Selalu jadi habuan kera dan tupai je. 

Buah jambu air merah ni sedap dicicah dengan kicap + gula. Kalau ada kuah rojak lagi sedap. Buah ni sedap kalau berbuah musim hujan, kembang gebu isinya. Di tepi laman rumah Wan Lang ada sepokok jambu air merah ni. Walaupun sepokok je, boleh tumpang makan sekampung. Buahnya lebat hingga ke tanah!. 

Kenbarnya jambu air putih ni baka kampung yang ada di kampung Ummi. Buahnya panjang dan lonjong sikit. Ada 2-3 pokok di rumah Chey Yeh. Kalau merayau-rayau tepi carok (tali air) rajin juga Ummi mengintai-ngintai sambil petik buah jambu putih ni. 

Satu-satunya pokok nam nam yang ada ialah di rumah Tok Nik, nenek saudara ummi. Rasanya kelat-kelat masam. Nak habiskan sebiji pun bercinta kata orang. 

Pokok nona pun ada juga di rumah Tok Nik. Dari jemuran (pelantar) dapur rumah Tok Nik boleh nampak pokok nona menjulang tinggi. Ummi suka tengok rupa buah nona ni, ala-ala bentuk hati. Rasa dan rupa isinya seakan-akan buah durian belanda atau buah naga.

Buah favorite Ummi 😍 Dulu-dululah, sekarang dah tak berapa suka. Selera dah beralih kepada buah anggur, betik, tembikai dsbnya. Nostalgia buah keranji pernah Ummi coretkan di SINI.

Ada kisah lucu yang Ummi ingat sampai sekarang berkenaan buah rotan hihi... Ummi, Pakcik dan beberapa orang kawan-kawan sekampung diketuai Apit, anak arwah Pak Lang ke kebun getah abahnya untuk memetik buah rotan. Sampai di sana buah rotan yang dikatakan Apit tiada. Lantas dalam keadaan marah Apit berkata, "ni mesti ADONOT ambik ni.." Mendengar perkataan Adonot, kami berpandangan sesama sendiri dan terus membuka langkah seribu 😂😂😂 Apa itu adonot? Sekadar perkataan spontan yang keluar dari mulut Apit haha... Tapi, sebab kami berada di dalam kebun getah yang letaknya di kawasan bukit di hujung kampung tanpa ditemani orang dewasa,  cha alip but la jawabnya. Sekarang ni kalau disebut Adonot, masing-masing akan tersenyum kelat :) 

Di rumah Tok Nik juga ada beberapa batang pokok koko. Ummi pernah dipelawa oleh Mida, cucu Tok Nik makan buah koko ni tapi Ummi tolak. Katanya isi koko sangat manis.

Antara buah yang Ummi harap Ummi akan jumpa semula. Ummi suka sangat buah ni bukan sebab rasanya tapi kecantikan buahnya di samping nostalgia yang dibawanya. Di hujung halaman rumah ada sebatang pokok mertajam yang sering berbuah. Gugusan buahnya sangat cantik sebab berwarna-warni. Putik buahnya  berwarna hijau pada awalnya, kemudian akan bertukar ke warna kuning, kemudian oren. Bila matang sedikit, warnanya merah hinggalah bila dah ranum dan sedia dipetik warnanya bertukar ungu kehitaman. Rasanya masam-masam manis gitulah. Setiap kali pokoknya berbuah, setiap hari Ummi akan perhatikan perubahan warna buahnya. Buah ni kegemaran burung.

Kawan sekelas Ummi, Marina menjual buah jambu susu ni di kelas agama kami. Sebiji 20 sen kalau tak silap Ummi. Walaupun sedikit masam tapi enak dijadikan kudapan. 

Lebih kurang rasanya dengan buah jambu susu, buah jambu ni kami panggil jambu bola. 

Buah cenderai atau kami sebut ceperai ni sejenis sayuran hutan. Ummi pernah kongsikan perihal pokok ceperai di SINI

Pokok kerkup (atau khe-le-khop) tumbuh di kawasan semak. Ada sebatang pokok kerkup yang tumbuh di tanah waqaf masjid, tepi jalan. Sanggup Ummi dan Ja, redah semak untuk ambil buahnya. Bukanlah sedap mana pun, tapi warna buahnya yang masak ranum menarik perhatian kami. Gigih panjat pokok nak mendapatkan buahnya 😅

Kalau tak silap Ummi ini buah markisakan? Kalau buah markisa ada sebatang pokoknya di rumah Tok Lang. Sekarang pun ada lagi. Pokoknya renek seperti kebanyakan pokok bunga. Berbuah sepanjang tahun agaknya sebab setiap kali Ummi ke rumah Tok Lang, sentiasa berbuah pokok ni. Buahnya masam ya amat! 

Sebenarnya ada beberapa gambar lagi tapi Ummi tak pernah lihat atau makan seperti buah cak plem, buah berembang, buah cermai merah, buah jambu mawar, buah cerapu, buah rokam dan buah seralat. Jadi, Ummi hanya kongsi yang Ummi tahu saja. 

Selain tu, ada beberapa lagi buah-buahan kampung yang Ummi tahu, pernah lihat dan makan seperti buah kumbar, buah sengkuang, buah kerian, buah guchil, buah gemia, buah star (kundang), buah pauh, buah asam (seakan limau bali), buah macang dan banyak lagi. Semua buah-buahan ni jadi kudapan kami. 

Kadang tu berangan juga untuk ada dusun seperti arwah Tok Wan dulu. Doakan ye 🤗

Dessini in da House

$
0
0

Tahu, periuk Dessini ni dah lama viral. Sekitar bulan 5-6 hari tu. Saja Ummi peram dulu entry-nya sebab nak tunggu sampai dulu dua-dua tempahan Ummi. Iye, Ummi order periuk ni 2x; satu untuk kegunaan sendiri, satu lagi untuk my SILs. Semalam baru dapat yang 2nd order tu.

Tak senang duduk Ummi tengok harga cecah lantai tu 😅 Kebanyakan yang Ummi suevey harga >200. 


Ummi pilih warna maroon untuk kegunaan Ummi. Sejak hari pertama dapat (bulan 7) Ummi dah guna. Takde nak simpan-simpan sebab memang beli untuk digunakan. 


Hero berdua ni tolong pasangkan 'tombol' dan 'telinga' periuk hihi... Tq Abang & Angah ❤️

Complete set seperti di bawah; 4 periuk, 1 pan beserta penutup dan sepasang glove. 


Periuk ni tebal jadi kalau menggulai (masak kari) memang padu. Masak kari kan kita kena tumis rempah lama sikit baru sedap. Jadi, bila guna periuk tebal gini, tidaklah risau terhangus pula rempahnya. Bila rempah masak elok, sedaplah jadinya kari kita. 


Kadang tu Ummi masak ibu sambal guna Dessini juga. Sementara sambal tu nak keluar minyak, duduklah dalam Dessini ni. Tutup periuk, selamat dapur dari percikan sambal. Sama juga kalau nak goreng ikan keli, guna je pan Dessini. Meletup-letup minyak pun hanya dalam kuali, tak terpercik keluar. Syaratnya, tutup pan tu. 

Paling Ummi kerap guna si comel lote ni, periuk 20cm yang paling kecik tu. Sesuai untuk masak sayur berkuah.

Masakan pertama, sambal sardin :) 

Rebus telur masin pun guna Dessini uols 😜

Babat masak lemak, masak di Homestay Che Na. Sampai ke Pontian Ummi usung Dessini ni tau :) 


Ini untuk my beloved biras & SIL. Adalah yang dapat 1, 2 biji. Tapi, untuk periuk paling besar tu nak bagi Maksu sebab dia pandai dan rajin masak dalam kuantiti yang banyak. Periuk 28cm tu katanya muat nak merendang 2 ekor ayam. Sesuai sangatlah tu bagi Maksu.

Biru untuk depa. 

الحمدلله على کل حال 

Makan Malam bersama Jaja & Family di Restoran Asam Pedas D'Kukus, Pontian

$
0
0
Ada lagi episod Pontian yang tertinggal 😅

Ada satu malam tu kami dijemput oleh Jaja untuk keluar makan malam. Siapa Jaja? Jaja ni anak angkat Tok Umi. Ummi selalu dengar nama Jaja disebut oleh Tok Umi tapi belum pernah bertemu muka. Jadi, kesempatan yang ada ni kami manfaatkan untuk bersilaturrahim. Walaupun baru pertama kali bertemu, Jaja dan suaminya sangat mesra. Rasa macam dah lama kenal. 

Kami bertemu di Restoran Asam Pedas D'Kukus, ikut cadangan Jaja. Suami Jaja orang Pekan Nenas dan Jaja orang JB jadi depa lebih arif memilih tempat. 


Yang terkenal di restoran ni ialah nasi kukus bersama lauk asam pedas. Pilihan ikan ikut selera kita, seperti di kedai ikan bakar. Tapi, memandangkan kami sekeluarga dah dinner sebelum Maghrib tadi, Ummi hanya pesan roti telur. Kata Jaja, roti canai, roti telur dsbnya sentiasa ada, dari pagi hingga ke malam. Elok sangat untuk kami yang dah makan berat tadi. Anak-anak pula berkongsi nasi goreng. Tak makan langsung takut nanti kecil hati pula tuan rumahkan? Jaja dan family pula pilih kue tiau goreng dan nasi putih berlauk tomyam untuk anak-anaknya. Alhamdulillah sedap-sedap makanannya. Portion pun besar. 



Selain balik dengan perut kenyang, kami bawa bersama kenangan manis pertemuan pertama dengan Jaja sekeluarga. Baik budi, ramah tutur kata sentiasa dalam ingatan ❤️ Patutlah Tok Umi selalu sebut-sebut nama Jaja ni, baik orangnya. 

Buah tangan dari Jaja untuk kami. Rasa 'kerdil' dengan kebaikan depa. 

Disebabkan tak rasa signature dish di restoran ni, esoknya sebelum bertolak balik ke Gombak, kami lunch dulu di sini. 



Kali ni baru rasa keenakan asam pedasnya. Kami pilih siakap seekor untuk dimasak asam pedas. Telur dadar dan sayur campur sebagai pelengkap hidangan. Padu! 


Letak kicap sikit dekat nasi tu, fuhh 😋

Harganya sangat berpatutan, sekitar RM50 - 60 untuk hidangan ni beserta nasi putih (6 orang), sepinggan nasi goreng kampung dan air sirap satu jug. Alhamdulillah, kenyang dan berbaloi. 

Ada kesempatan ke Pontian lagi, memang nak repeat :) 

Resepi ~ Ikan Bakar Petai

$
0
0
Kali pertama makan ikan bakar bersama sambal dan petai ialah di Ana Ikan Bakar Petai di Kuantan pada tahun 2011. Ye, masa tu pergi berjalan-jalan selepas bersalinkan Angah. Menyewa di rumah tumpangan syarikat. Banglo besar 2 tingkat, area rumah orang-orang kaya dan pegawai-pegawai kerajaan di jalan apa ntah tak ingat dah. Ada satu banglo ni siap ada helipad. Tak jauh dari sini juga ada Istana Hinggap Sultan Pahang, berhampiran pantai. Memang tak ingat dah pantai nama apa... Teluk Cempedak kot. 

Berbalik kepada resepi, baru-baru ni Ummi cuba satu resepi ala ikan bakar di kedai katanya. Tapi, Ummi bagi nama Ikan Bakar Petai-lah senang nak ingat. Caranya mudah saja tapi rajinnya nak kena lebih haha... Sambal tu kena masak dulu baru sedap dilumur pada ikan. Resepi ni disertakan sekali dengan air asam tqpi Ummi cuma sediakan kicap pedas je. 

Tenggelam ikan di sebalik sambal :) 

Resepi: Ikan Bakar Petai
Sumber: Keluarga
Kredit: Pn Nasriah Ramli

Bahan-bahan 
Ikan siakap atau apa-apa ikan 
Sos tiram 
Air asam jawa 
Gula perang
Garam
Air 
Daun limau purut 
Daun kunyit 
Daun pisang - Ummi guna daun lengkuas
Petai

Bahan kisar 
Cili kering 
Lengkuas 
Halia 
Bawang merah 
Bawang putih 
Kunyit hidup 
Serai 
Ikan bilis @ udang kering 

# Sukatan bahan tidak diberi secara terperinci jadi Ummi agak-agak je. Alhamdulillah menjadi. 

Cara-cara
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. 
2. Masukkan air asam jawa. Masak hingga (hampir) kering. 
3. Masukkan sos tiram, gula perang dan garam. Tambah air jika terlalu kering. 
4. Masukkan hirisan daun limau purut, daun kunyit dan petai. Gaul sebati dan sesuaikan rasa. Tambah gula/garam jika perlu. Tutup api. Sejukkan seketika. 


5. Lumur pada ikan dan balut dengan daun pisang/daun kunyit/daun lengkuas dan perap 30 minit. Kalau takde dedaun ni, guna aluminium foil pun boleh. 
6. Bakar ikan hingga masak. Siap! 

#Ummi lumur nipis sahaja sambalnya untuk elakkan sambal hangit/hangus semasa proses membakar ikan. Bila ikan dah siap dibakar baru Ummi tuang sambal diatasnya. 

Sedap dimakan bersama nasi panas-panas. Walaweyh! 

Walid dah request suruh repeat tapi belum Ummi tunaikan. Kena ada mood baru menjadi :p Lain kata, malas hahaha... Tapi, tadi Ummi ada beli petai. Ikan geruk-geruk pun ada dalam peti ais. Yang tak ada lagi kerajinan :p

Selamat mencuba 🤗

Kisah Jeruk Mangga

$
0
0
Sesiapa yang selalu memandu/menggunakan persimpangan lampu isyarat Greenwood pasti perasankan ada 2-3 orang anak-anak muda menjual jeruk mangga. Biasanya waktu tengahari dan petang. Sebelah pagi ada team sandwich dan kopi.

Ummi pernah beli sekali mangga jeruk ni. Since anak-anak pun tak berapa makan dan Ummi sendiri pun bukan penggemar jeruk, malaslah nak beli selalu. 

Tapi, pagi tadi Ummi terbaca di Harian Metro tentang kegigihan anak-anak muda ni mencari rezeki rasa tersentuh pula. Yang Ummi tertarik, dengan upah RM3 untuk setiap balang, ada yang mampu mengirim belanja kepada mak ayah di kampung. Masha Allah. Ada juga katanya menjaja jeruk ni untuk mendapatkan pengalaman berniaga dan berinteraksi dengan pelanggan. Bagus dik, masa depan awak panjang lagi. Timbalah sebanyak mana pengalaman. Kemudian rencanakan sebaik mungkin kehidupan awak. Jadi, apa salahnya  Ummi sokong usaha mereka. Cuma, harapnya mereka dapat menjaga keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.


Ummi sebenarnya sangat kagum dengan orang-orang yang suka berniaga. Kalau kita perasan, anak-anak muda zaman sekarang sangat tinggi semangat keusahawanan mereka. Ramai yang suka bekerja sendiri, mengambil peluang dari kemajuan dan kemudahan teknologi terutamanya Internet. Yang bekerja tetap pun Ummi dapati ramai juga yang berusaha menambah pendapatan melalui perniagaan. Tak dinafikan ada yang terpaksa berbuat demikian untuk kelangsungan hidup namun ramai juga berniaga atas dasar minat dan kehendak sendiri. 

Baru-baru ni Ummi berborak dengan pemilik UrbanSityDesign tentang business-nya. Ceria wajahnya bila dia cakap "Siti pun sekarang rasa lega...rasa seronok bila dapat bagi duit kat parents. Hulur je Kakngah... Takyah nak berkira-kira lagi sebab business Siti makin stabil" You nailed it girl! 

Banyaklah masyuk ye Siti 🤗

Ummi sentiasa yakin, setiap usaha ada ganjarannya. من جد و جد



Kancil Science Competition 2020

$
0
0
22 September lepas Abang joined Kancil Science Competition 2020. Kali ni cuma online di rumah saja. Penyertaan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam kalau tak silap Ummi. Lepas balik sekolah barulah Abang sat for the exam. 

Seperti biasa, Cik Ita Kancil yang tolong uruskan pendaftaran.


Setiap peserta diberi ID dan password to join the competition. 


Tahun ni soalan semuanya objektif (MCQ). Tahun lepas dan tahun sebelum-sebelumnya tak silap Ummi ada soalan subjektif. Contohnya membuat gambaran gerhana matahari dsbnya. Masa diperuntukkan 1 jam 15 minit. Elok juga dapat exposure begini sebab ujian ke SBP (PKSK) dan MRSM (UKKM) pun secara dalam talian (ujian secara berpusat). 

Contoh soalan... 

Berkerut muka tu hah... 

Alhamdulillah dah settle KSC dan KMC ni. Result KMC dah keluar semalam tapi entah dimana silapnya result Abang dan rakan-rakannya belum keluar. Result dipaparkan ikut nama sekolah. Berpinar mata semua nak cari nama sekolah Abang dalam >1000 pages. Sudahlah senarainya not in alphabetical order,  memang tak larat nak scroll semua. Rupanya bila Cik Ita called organizer, ada kesilapan teknikal. Hari isnin nanti barulah akan dapat maklumat lanjut. Ummi OK je sebab aktiviti luar sekolah. Tapi, harapnya sempatlah dapat sijil untuk direkodkan markah PAJSK. 

Moga dipermudahkan. 


PKPB bukan PKPD

$
0
0
Bangun dari afternoon nap semalam Ummi tengok banyak betul message di phone. Di WhatsApp group geng mak-mak riuh-rendah bersembang, sekolah tutup katanya. Ooo... Selangor, KL & Putrajaya kena lock down... 

Credit: Source. 

Dalam kepala terus terbayang kawad berduri, polis, askar berkawal, ada road block kat traffic light depan tu. Sempat juga berangan dapat bakul makanan (bantuan makanan) seperti di beberapa kawasan di Sabah.


Usai solat Asar, Ummi terus ke dapur. Masak nasi dan bakar ikan. Mujur pembantu-pembantu Ummi; Rice Cooker & Air Fryer tu cekap. Ummi tekan-tekan je, boleh tinggal pi kedai 😜

Dalam kepala ni tengah buat grocery list yang perlu di stock up. Texted Walid, minta izin nak ke kedai. Sampai di Speedmart, parking full. Jiran Ummi, Sya lagi awal sampai hihi... Pusing-pusing ada parking depan Freshmart. Bolehlah...

Takdelah beli apa sangat; gula, susu, Milo, tepung, sardin dan biskut je... Sebab fikirkan anak-anak kalau tak sekolah asyik nak mengunyah je... Nampak kek pisang, capai terus masuk bakul. Tiba-tiba dengar " Along, Along ambik kek pisang ni ke? Along nak makan ye? Allah! Ummi tersalah bakul rupanya 😂😂😂

Nampak macam panik betul Ummi ni kan? Tapi rasanya Ummi ni mamai haha... Sebab bila balik rumah, Ummi scroll balik info baru perasan... Rupanya PKPB, bukan PKPD 🤦‍♀️ Itulah Ummi, tidoq lagi lepas Asar!


Credit: Source. 

Walau apapun situasinya Ummi doakan kita semua sentiasa dilindungi dari wabak ini dan sentiasa diberi kemudahan dalam setiap urusan. Pastinya ramai yang akan terjejas sama ada PKPB atau PKPD. الله يسحل.

Credit: Source.

Sebelum PKPB...

$
0
0

Bermula tengah malam tadi, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB/CMCO) telah berkuatkuasa di seluruh negeri Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya sehinnga 27 Oktober 2020.


Selain secara tak sengaja PANIK, ada beberapa urusan lain yang sempat kami selesaikan semalam.

First thing first, pulangkan buku di PPAS Gombak. Sekarang Ummi dah jadi ahli PPAS, jadi selalulah pinjam buku. Maksima 10 buah buku setiap kali pinjam. Tempoh pinjaman 3 minggu. Sepatutnya tarikh pemulangan 18/10 tapi disebabkan PKPB, khuatir library tutup baik pulangkan dulu. Manalah tahu PKPB ni extend lagi. Nanti-nanti boleh pinjam semula.


Lepas balik sekolah pula, singgah makan di kedai. Abanglah asyik dok mengungkit dah lama tak makan di luar. Last week Angah dengan Adik ikut kami berdua minum petang di Syed Nabi, Abang tidur. Jadi semalam lunch di luar. Hari-hari makan masakan Ummi dan Ibu (Makcik Kantin) sesekali belanja makan di luar, nampak benar berselera hihi...  




Walid pun Maghrib semalam kemain semangat nak ke surau. Yelah, lepas ni dah tak boleh ke surau dan masjid untuk sementara waktu. Dihadkan untuk 6 orang sahaja setiap kali solat. 

Moga keadaan kembali terkawal. 

Lepas satu, satu...

$
0
0
Credit: source. 

King, kereta Walid berasap minggu lepas. Katanya masa tengah tunggu traffic light bertukar hijau, nampak asap. Member ingat ekzos kereta depan. Tak sedar kereta sendiri berasap 🙄. Tapi alhamdulillah sempat sampai ke rumah dengan selamat :) Rupanya air kering. Ada leaking somewhere in the engine. Sementara nak tunggu weekend, nak bawa ke workshop Ummilah jadi driver Walid, hantar dan jemput di LRT. 

Walid belanja chapati, upah jadi driver dia haha... 


Rupanya ada leak di radiator. Terbang jugalah ratus-ratus huhu... 

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... Isnin lepas, elok je belok keluar ke exit Terminal Putra, kata Walid terasa macam bunyi angin keluar di tayar. Sebab nak cepat kejar train, tak check pula katanya apa yang terjadi. Balik kerja, kereta masih OK. Alhamdulillah sampai juga ke rumah dengan selamat. Bila checked, tu dia... 


Terpacak besi apatah dekat tayar tu. Nak tampal tak boleh sebab besar dan dalam tusukan besi tu, nak tak nak terpaksa ganti dengan tayar baru. 💸💸💸 lagi :( 

Apa nak buat, duit dalam poket tu milik orang lain. Allah dah aturkan gitu. Anggap saja ini ujian. Tak besar mana pun jika nak dibandingkan dengan orang lain. Ada yang hilang kerja, diuji sakit, tak cukup makan pakai dsbnya... 

Resepi ~ Ayam Tandoori

$
0
0

Out of nowhere, tiba-tiba rasa nak makan ayam tandoori. Terus 'Google resepi'. Alhamdulillah semua bahan ada kecuali yoghurt. Tapi takde hal sebab ada susu cair dan limau nipis. Campur sahaja kedua bahan ni. Nisbah lebih kurang 1/2 cawan susu cair bersamaan 1 sudu makan jus limau nipis atau lemon. Kacau sebati nanti susu tu akan berketul seakan yoghurt hasil dari tindakbalas kimia yang berlaku. Ini pun hasil carian di Google juga :) 

Berbalik kepada resepi ayam tandoori, seeloknya diperap ayam bersama bahan perapan lebih kurang 4 jam untuk rasa yang lebih padu. Tapi Ummi perap sekitar 1-1 1/2 jam saja. Pukul 5 perap, pukul 6.30 dah masuk air-fryer. 


Resepi: Ayam Tandoori 
Sumber: RASA
Kredit: Pn Tahrunnisah Jali

Bahan A
4 ketul ayam (whole leg) - dibasuh dan dikelar kasar -7 ketul ayam (multi parts) 
2 sudu besar minyak masak 

Bahan B
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam 
1 sudu makan jus limau nipis/lemon

Bahan C
6 sudu teh yoghurt asli - guna campuran 1/2 cawan susu cair + 1 sudu makan jus limau nipis 
2 sudu teh pes halia + bawang putih ( 5 ulas bawang putih & 3 inci halia dikisar atau ditumbuk halus
2 sudu teh serbuk cili 
1/2 sudu teh garam masala - guna garam biasa
1 sudu teh serbuk ketumbar 
1/2 sudu teh serbuk lada hitam 
1/4 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh pewarna merah 

Homemade yoghurt 😁

Cara-cara 
1.Satukan Bahan B hingga sebati dan lumur pada keseluruhan ayam termasuk bahagian yang dikelar (dalam kelaran). Perap seketika. 
2. Dalam bekas lain, campurkan semua, Bahan C hingga sebati. Jangan tambah sebarang air ye.


3. Lumur campuran Bahan C pada ayam sehingga habis. 
4. Masukkan 2 sudu minyak masak dan gaul rata. 
5. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dibakar. 


6. Bakar pada suhu 230°C selama 25-30 minit (ikut oven masing-masing) 
#Ummi bakar dalam air-fryer pada suhu 200°C selama 30 minit. Selepas 15 minit pertama, kalih ayam dan sambung bakar. 

Untuk tips membakar rujuk SINI


Ayam Tandoori ni Ummi regukan dengan roti paratha jenama Kraft. Pertama kali beli jenama ni, sedaplah! 


Untuk kuah, ada lebihan lauk asam pedas ikan kacang siang tadi, onz je. Pernah nampak Nabil makan roti canai dengan asam pedas dalam satu rancangan di TV. Jadi, Ummi pun tirulah :D 

Ada lebih, rezeki Walid-lah, bawak ke ofis. 


Selamat mencuba! 





Program Sains, Teknologi & Inovasi di PPAS

$
0
0
Sebenarnya banyak program yang telah dan akan dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Kumpulan sasaran ialah remaja 13 tahun ke atas yang berada dalam kumpulan B40. Penyertaan semuanya percuma. Sengaja diletakkan tahap umur agar yang menyertai program-program ni faham apa yang diajar dan untuk membuka minda mereka tentang sesuatu topik. Contohnya peluang kerjaya dalam bidang muzik, programming dsbnya. 


Menarik belaka program-programnya... 








Tapi, disebabkan PKPB di Lembah Klang serta peningkatan kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ni, rasanya program-program ni ditangguhkan. Ummi pun tak pasti library buka ke tak. 


Walaubagaimanapun Abang sempat joined program berkaitan Lego Ahad 11/10 yang lepas. Dengar je Lego memang excited dia. Walaupun umurnya 12 tahun, tapi pihak PPAS Gombak benarkan. Ialah, topik Lego..  Kebanyakan kanak-kanak sekarang tahu tentang Lego.


Malah, waktu pendaftaran Angah pun dibenarkan ikut sekali. Ummi bawa dia sebagai peneman, terus jadi peserta. Ada juga ibu ayah yang turut serta. Bagus betul.. Ummi pun diajak sama oleh urusetia tapi sebab banyak urusan lain, terpaksa tolak. Lagipun Ummi tak minat Lego. Kalau topik PowerPoint Presentation nak juga tambah ilmu :)

Tanya Abang dan Angah, apa yang dipelajari? Main Lego-lah Ummi. Buat pokok, buat burung dll... Okey-lah tu, dapat juga input dan exposure. Bak kata ibu seorang peserta ni, "Dari duduk rumah tengok TV, main games better send them here". Trainers pun khabarnya pernah bekerja di Legoland. Hari-hari kerjanya 'main Lego' kata Abang 😂😂😂. Ummi pun tak tahu nak panggil apa kerja depa, tapi they have to create new design/creation from the Lego set... Something like that. Bak kata P Ramlee dalam filem Bujang Lapok "kerja main-main, cik salmah..." :D 


Again!

$
0
0
Credit: source. 

Menitik air mata Ummi tengok gambar ni. Masih terasa penat dan sukarnya bila takde air semalam. Dalam pukul 11 pagi (19/10) bekalan air stopped dan pagi tadi around 10.30am bekalan mula pulih. Alhamdulillah syukur. Satu hari satu malam, hampir 24 jam tapi sengsaranya hanya yang mengalaminya sahaja yang faham. Mendidih je rasa bila ada yang buat lawak pasal bekalan air ni. Depa tak rasa bolehlah gelak dan buat lawak 🙄

Saat diuji begini bila Allah hantar orang macam Ustaz Ebit ni hati jadi sejuk je. 

Credit: source. 

Walaupun kami bukan penerima air ni tapi Ummi tetap tumpang lega bila ada yang beroleh manfaat dari bantuan ustaz. Laju ustaz buat kerja dan selalu tindakannya di luar kotak. Ummi doakan agar beliau sentiasa dilindungi-Nya, diberi kesihatan yang baik serta ilham dan kemudahan untuk terus membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. 

Moga hari-hari mendatang lebih baik bagi kita semua. Fed up tau dengan isu air ni. Makin menjadi-jadi pulak :(





Kisah Mesin Basuh

$
0
0
Elok selesai bab kereta Walid (baca: SINI), selang sehari kemudian mesin basuh pula buat hal 🙆‍♀️ Tak boleh on. Panggil technician katanya motherboard rosak. Nak replace around 300 including labour cost. Ikutkan Walid nak repair tapi Ummi dah give up dengan mesin basuh ni. Banyak sangat problems, sampai dah tak ingat berapa kali dah! Pernah tukar absorber (sebab mesin tak pusing), spinner pun pernah tukar (sebab spinner malfunction), pernah tersumbat sebab syiling 50 sen dan macam-macam lagi. Ada sekali tu boleh on macam biasa tapi baru beberapa saat air masuk, mesin senyap je. Sampaikan technician tu pun pening 😂 Dia tak dapat detect problem so suruh Ummi trial & error je. Alhamdulillah esoknya kembali berfungsi seperti biasa. Hinggalah Khamis lepas senyap terus haha... 

Menumpang kasih di dobi layan diri :) 

Bila ada masalah nak tunggu technician datang pun ambil masa juga. Hari ni report, esok atau lusa baru datang. Kalau nak kena tukar spare part, tunggu lagi 2-3 hari baru dapat repair. Rimas Ummi bila tengok baju kotor dalam bakul. Tapi apapun Ummi puji technician dia very helpful even though sometimes he is as clueless as i am 🤣 

Then, repairing costs... Koman-koman pun sekali dia datang 'tengok' (check) melayang RM50 :( Kalau barang kena ganti, tambah lagi fulus 😇😇😇 

Banyak menguji kesabaran betul jenama mesin basuh yang khabarnya #1 di Europe.  Terpikat jugalah selain motor warranty 9 tahun. Lama tu... Tapi pandai depa, motor memang tak pernah rosak. Part lain tu yang selalu buat hal. Indah khabar dari rupa :( Mungkin di Europe tu lain standard-nya ataupun ranking tu untuk peralatan eletrik yang lain. Mesin basuh ni yang paling singkatlah berbakti kepada kami. Dalam 3-4 tahun je. 

Mesin basuh yang paling lama berbakti ialah mesin basuh pertama kami. Jenama Samsung, semi-auto. Our best friends tong-tong duit sorang RM100 sebagai hadiah kahwin. Nostalgia betul. Sayang sungguh Ummi dengan mesin basuh ni. Adalah kot 7-8 tahun berjasa. 

Kemudian kami beli pula mesin basuh jenama LG, fully auto. Kali pertama Ummi guna mesin basuh auto. Seronok, tak payah transfer pakaian dari washer ke spinner. Kerja membasuh jadi lebih mudah dan cepat. 

Dan pada 17 /10/ 2020 beli mesin basuh baru. Kali ni pilih jenama Sharp. Harga slightly above 1k untuk kapasiti 9kg. Harapnya dapat berkhidmat lama untuk kami. 

Please be good to us. 






Abang ~ Proses Permohonan ke Sekolah Menengah

$
0
0
Bermula bulan lepas sibuklah ibu ayah yang ada anak di Tahun 6 (T6) mengisi borang permohonan untuk anak-anak masuk ke sekolah menengah (SM). Satu pengalaman berharga buat Ummi Walid. 

Sebagai rujukan dan kenangan, Ummi kongsikan proses permohonan Abang ke sekolah menengah. Bukan satu dua borang, hampir 10 borang termasuk permohonan atas talian (online) yang diisi. Ada yang wajib diisi, ada yang pilihan sendiri. Ada yang diuruskan oleh pihak sekolah seperti feeder school dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan atas inisiatif ibu ayah sendiri seperti MRSM dan SBP. 


Dah besar anak Ummi 😍


1. Permohonan untuk Feeder School (diuruskan oleh pihak sekolah) 

Permohonan ke feeder school wajib diisi oleh setiap murid sekolah rendah (sepanjang pengetahuan Ummi) sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah swasta seperti SRAI. 

25/8 Dapat borang permohonan feeder school. Perlu diisi dan dihantar sebelum/pada 28 Ogos 2020 (tarikh tutup permohonan). 

Dalam borang permohonan, ada 3 pilihan feeder school yang diberikan i.e SMKSP, SMKSG & SMKGS. Pilih sekolah ikut keutamaan kita asalkan salah satunya adalah pilihan yang diberi oleh pihak sekolah. Kami pilih SMKSP sebagai pilihan utama manakala 2 lagi sekolah pilihan ialah SMKSK dan SMKH. Untung kalau dapat SMKSP sebab ianya sekolah berprestasi tinggi dan ada kelas aliran agama (KAA). 

2. Permohonan (online) ke MRSM (diuruskan sendiri) 


Permohonan dibuka dari 24 Ogos hingga 4 Disember 2020. 

31/8 kami buat permohonan. Untuk kali pertama mendaftar, kita diberi kata laluan (password). Simpan password yang diberi untuk sebarang urusan berkaitan permohonan ini; amendment, semakan dsbnya. Berbanding permohonan ke sekolah khusus, MRSM memberi peluang kita memilih 5 aliran/lokasi. Mulanya kami isi aliran teknikal untuk pilihan pertama (ikut kehendak Abang), tapi pada 23/9 kami buat amendment kerana dimaklumkan jika tidak memilih aliran Ulul Albab (UA) sebagai pilihan pertama maka tidak akan dipanggil untuk temuduga aliran (UA). Rugi pula rasanya jika tidak mencuba sedangkan Abang ada potensi dalam hafazan. 

Setiap calon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Tarikh UKKM adalah seperti berikut; 
> 21 - 27 September ✔️
> 5 - 8 Oktober > 12 - 15 Oktober ✅
> 23 - 26 November 
> 7 - 10 Disember 

UKKM bulan Oktober ni sepatutnya bermula pada 5-6 Oktober tapi dianjak ke minggu depannya. Malangnya, ada yang clashes date dengan tarikh ujian ke sekolah khusus (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus-PKSK). Jadi, terpaksa reschedule. Dan dengarnya ramai yang ditempatkan di pusat ujian bukan pilihan. Contohnya pusat ujian pilihan di BMI-Unikl Gombak tapi ditempatkan di MRSM Trolak, MRSM Kuala Kangsar, Kuala Kubu Baru dsbnya. Ditakdirkan pula Selangor, KL dan Putrajaya PKPB jadi hanya 2 hari pertama sahaja calon-calon dari Lembah Klang ni dapat ke UKKM. Negeri-negeri lain selain Sabah, UKKM berjalan seperti dijadualkan. 

3. Permohonan KAA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaa(SABK) - diuruskan oleh pihak sekolah 


11/9 Abang bawa balik 6 keping borang permohonan KAA dan ke SABK termasuk Sekolah Agama Menengah (SAM) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS). 

Ada 2 parts borang ni... 
A. Borang permohonan ke KAA dan SAM Tanjung Karang (SAMTAK). 

Kenapa SAMTAK? Sebab lepasan SRAI sekolah Abang ni automatik penempatannya di SAMTAK, jika memilih SAM. Ini directive from JAIS. Maknanya setiap SRAI dah ditetapkan penempatan SAM. 

Borangnya simple saja, kena pilih KAA first atau SAMTAK first. Jenuh juga Ummi risik-risik dengan cikgu, ibu-ibu lain. Ada orang jenis isi dulu, dapat offer nanti baru fikir balik. Ummi pula kalau boleh taknaklah sekadar isi, biarlah ditimbang dulu pro & cons setiap pilihan yang perlu dibuat. 


B. Borang permohonan ke SABK (SAM & MITS) 

Walaupun lepasan sekolah Abang ni secara automatik akan diserap ke SAMTAK jika pernohonan berjaya tapi tetap juga diberi peluang memohon SAM lain iaitu SAM Muhammadiah (SAM-ONE) dan SAM Bestari Subang Jaya (SAMBEST). SAM-ONE satu-satunya SAM yang menawarkan Kurikulim Bersepadu Tahfiz (KBT). SAM lain menggunakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Manakala SAMBEST pula untuk high achievers. 

Selain itu, murid-murid SRAI juga menerima borang permohonan ke MITS. Sama juga seperti SAM, ada MITS tertentu yang telah ditetapkan oleh JAIS untuk setiap SRAI. Pilihan MITS sekolah Abang ialah MITS Kuala Langat manakala pilihan lain ialah MITS Sabak untuk kedua-dua aliran Turath dan Dini (borang berasingan). Jadi untuk KAA dan SABK ni ada 6 borang kesemuanya. Lenguh jari jemari mengisi borang sampaikan tersalah tulis! Oh ya, permohonan untuk semua ni telah ditutup pada 18 September lepas. 


Memandangkan tahun ni UPSR & PSRA dibatalkan, jadi permohonan akan dilihat pada prestasi Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 3, 4 & 5. Antara kriterianya ialah mesti lulus subjek Bahasa Arab (BA) untuk ketiga-tiga tahun tersebut. Nampaknya kena jugalah memastikan rekod peperiksaan anak-anak sentiasa 'cantik'. Nak kena ingatkan Angah supaya usaha lebih. Untuk Abang, alhamdulillah tidak pernah gagal subjek BA. 

4. Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

16/9 Hari Malaysia... Kami isi permohonan ke SBP pula. Tahun ni permohonan ke SMKA juga dimasukkan di bawah KPM. Single entry point berdasarkan PKSK. Untuk ke SMKA, akan ada satu lagi ujian iaitu Pentaksiran Murid Aliran Agama (PMAA). Kalau pilih Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) pula akan ada ujian hafazan. Ingatkan lagi senang bila tiada UPSR, tapi tidak juga 😅 Dengan pelbagai uncertainties, misinformation, first timers experience dsbnya, banyak cabaran terpaksa dihadapi. Memang special batch corona ni :) 

22/9 Bila dapat maklumat katanya PMAA hanya akan dijalankan ke atas murid yang memilih SMKA sebagai pilihan pertama sahaja, terpaksalah kami buat pindaaan. Mujur permohonan masih dibuka. Tarikh tutupnya 2 Oktober. Untuk SBP, kita boleh mohon 3 sekolah sahaja.

Sepatutnya tarikh PKSK Abang 15/10 di SBPI Gombak tapi disebabkan PKPB terpaksa ditunda hingga ke satu tarikh lain. 

Tq Kira ❤️

5. Permohonan ke Sekolah Menengah Integrasi Sains & Tahfiz (SMISTA-MAIWP) 

Permohonan ke sekolah menengah agama di bawah seliaan MAIWP dibuka pada 12 hingga 25 Oktober 2020.
 
18/10 Kami isi permohonan ke sekolah MAIWP. Ada tiga pilihan yang diberi iaitu SMAWIP KL, SMAWIP Labuan dan SMISTA. Hanya satu pilihan dibenarkan jadi kami pilih SMISTA kerana menawarkan KBT. 


Alhamdulillah selesai bab permohonan. Sekarang tunggu panggilan ujian dan interview. Moga ada rezeki Abang untuk ke sekolah yang bagus. Bagus untuk dunianya dan akhiratnya Insha Allah. Doakan ye 🤗

Tok tak sihat :(

$
0
0
Sehari dua ni Tok tak berapa sihat. Asyik tidur, baring je. Makan tak berapa lalu. Kalau dah telan pun, nanti 'keluar balik' :( 
Petang semalam nampak OK, boleh duduk berborak elok masa Anas datang ziarah. Malam tadi pun tidur elok je.

Pagi ni tak larat semula.... Gitulah, orang tua umur-umur Tok ni kadang sihat kadang tak.

Ummi bawa ke klinik tadi pun Doc kata perut masuk angin agaknya. Sejak kebelakangan ni memang Tok kurang makan. BP slightly high tapi demam takde. Buat juga test gula alhamdulillah normal. Jantung slow sikit, Doc suspected virus infection. Dapatlah antibiotik. Kalau tak lega juga kena datang semula untuk buat blood test. Hopefully Tok will recover soon. 



Doakan ye 🤗

Resepi ~ Ayam Bakar Ala Bazar

$
0
0
Sejak kebelakangan ni menu dinner kami ringkas-ringkas je. Ada sekali tu Ummi goreng nasi (leftover from lunch), Maggi kuah ala asrama (rendam air panas je) dan roti canai segera + kuah sardin. Dah macam menu sarapan pun iye juga 😂 

The other day, Ummi bakar ayam je. Kalau ikut resepi asal, ayam bakar ni katanya ala bazar. Ala Kenny Rogers pun iye juga katanya. Mudah je resepi n. Bakar guna air fryer je. Bahan pun sedia ada di dapur... 


Resepi: Ayam Bakar ala Bazar 
Kredit: Pn Sitijua Jua

Bahan-bahan 
Ayam - dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam 
1 sudu kicap (manis/pekat) 
Sedikit rosemary (Ummi tambah) 

Bahan kisar halus
Halia
Bawang merah 
Bawang putih 
Bawang Holland 
Lada hitam biji
Kiub ayam 

Cara-cara 
1. Perap ayam bersama bahan kisar. 
2. Letakkan 1 sudu kicap. Gaul sebati. 
3. Perap semalam dan simpan dalam peti ais. (Ummi perap ayam sebelah pagi dan bakar sebelah malam) 
4. Keluarkan ayam dan masukkan dalam ketuhar atau air fryer. Untuk air fryer, bakar pada suhu 170°C selama 30 minit. 

Selamat mencuba 🤗



Happy 7th Birthday Kakak ❤️

$
0
0
Semalam sambut birthday Kakak yang ke-7. Ada cake, ada KFC kira celebrate-lah tu bagi keluarga kecil kami 😊


Kek coklat beli di kiosk AgroBazar je. Ummi hias serba sikit bagi nampak rupa kek birthday 😁

Set mandian dari Ummi. Sejadah muka tu dari Angah. Tapi, sejadah tu sebenarnya Ummi punya haha... Asal ada hadiah je... Nak bawa diorang keluar beli hadiah untuk Kakak pun tak boleh, PKPB :( Yang masih berhutang hadiah dengan Kakak ialah Abang & Walid. Habislah Abang, minggu depan birthday Abang, Kakak tak bagi hadiah 😂

Adik bagi belon :p

Ikutkan plan asal nak ke PD. Dah booking hotelpun, 3H2M sebab last time pergi sekadar balik hari. Kononnya kali ni nak enjoy lama-lama kat PD. Tapi, bila kes Covid-19 mula cecah 3 angka selepas PRN Sabah pada 26/9/2020 kami mula pertimbang untuk batalkan tempahan. Beberapa hari sebelum PKPB di Selangor/KL ni terus buat cancellation. Ada rezeki lain kali boleh pergi, Insha Allah. 

Sayang Kakak ❤️

Sambutan Maulidur Rasul 2020

$
0
0

Hari ni anak-anak cuti sempena Maulidur Rasul semalam (29/10/2020). JAIS bagi cuti tambahan satu hari. Tapi, bila PKPB ni cuti ke tidak sama je :) Cuma, hari ni tiada tugasan yang cikgu bagi.

Semalam pihak JAIS anjurkan sambutan Maulid Nabi ni secara maya. Anak-anak diminta berselawat dan maklumkan kepada guru sekiranya tugasan sudah selesai.



Nanti pihak sekolah akan sediakan laporan kepada JAIS. Bagus jugakan... 



Rekod kelas Abang... 

Alhamdulillah ada juga program bermanfaat yang anak-anak buat sebagai meraikan sambutan kelahiran Baginda SAW. Semoga Baginda Rasulullah sentiasa menjadi suri tauladan pada anak-anak hendaknya. 

Viewing all 2700 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>