Quantcast
Viewing latest article 22
Browse Latest Browse All 2719

Kain Batik utk Cikgu

Ahad malam dapat info cikgu kesayangan ramai di SRAI, Cg Hamidah dapat arahan pertukaran. CH dah 15 tahun mengajar di SRAI. Abang, Angah dan Kakak berpeluang belajar dengan CH. Adik tak sempat tapi CH kenal Adik juga. 

Tb gambar Abang dan CH serta Cg Fasiha yang pernah jadi guru kelas Abg darjah 6 dulu. Bila share gambar ni semula dengan cikgu² berdua, masing² teringat zaman COVID dulu.  

Satu perkara yang paling diingati oleh anak² murid dan parents juga ialah CH ni tukang asah pensil khat sekolah :) Nak beli pensil khat memang beli dengan CH. Time exam besar macam UPKK dan PSRA, CH akan bertungkus-lumus asah pensil khat utk setiap calon. Kalau batch tu 100 orang, 100 batang pensillah CH asah! 

Tak tahulah siapa akan ganti CH sebab beliau cikgu pakar subjek Jawi, Imlak & Khat di SRAI sekarang. Bukan rezeki anak² PSRA tahun ni nak terus bersama dgn CH :( 

Tak sempat nak beli apa² sebab cikgu maklumkan pun dah malam jadi Ummi hanya hadiahkan kain batik untuk CH sebagai tanda kenangan. Kebetulan agaknya, masa Cg Fasiha pindah dulu pun Ummi hadiahkan kain batik juga. 

Ummi pun sedih sebab ramai cikgu² berpengalaman bertukar sekolah. Tapi dalam masa yang sama tumpang gembira untuk mereka sebab cikgu² senior ni kebanyakannya dapat kenaikan pangkat, sesuailah dengan tempoh perkhidmatan mereka. Sekolah baru CH ni pun lebih dekat dengan tempat tinggalnya, kira² separuh perjalanan juga. Rezeki cikgu, alhamdulillah.. 

Selamat maju jaya utk CH 🌹

Viewing latest article 22
Browse Latest Browse All 2719

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>