Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2718

Office Chair for His Birthday

$
0
0
Asal dulu Walid bila WFH hanya duduk di meja makan. Ingatkan takdelah lama sangat nak kena WFH tapi bila pandemik berpanjangan, WFH seakan dah jadi norma baharu sekarang. 

Untuk lebih fokus, Ummi set up work station di bilik atas. Biar aman sikit Walid bekerja. Cuma, kerusi tak berapa sesuai. Kerusi arwah Tok guna untuk solat dulu. Alas dengan chair pad untuk lebih selesa. Nak ke kedai perabot, lama pula tutupnya. Hampir 3 bulan tak dibenarkan beroperasi. Nak beli secara online, tak berani. Takut tak kena dengan taste dan satu lagi tak mahir nak assemble bagi yang jenis pasang sendiri tu. 

Berkat kesabaran, akhirnya bila H&A Crafts buka teruslah kami serbu...Sebelum tu dah risik dengan Pn Halina, katanya ada office chair di kedainya. Depa supply pada government agencies

Ini sample unit, dari harga >RM700 dapat RM580. Alhamdulillah sesuai dengan bajet kami. 

Ini modelnya. Manatau ada yang berkenan 🤗 

Bila duduk atas kerusi ni, gaya macam KP-lah 😂😂😂 

Ummi try juga minta diskaun tapi Pn Halina senyum je. Kita pun tak insisted sebab faham, depa pun baru nak 'bernafas semula'. Tapi, ada juga rezeki untuk Ummi ☺️ 

Dapat satu set kusyen yang matching dengan sofa! Alhamdulillah. Senyum sampai ke telingalah Ummi :p Penghargaan dari Pn Halina sebab ada yang datang ke kedainya dapat info dari blog Ummi. Ouch, terharu sangat. Tq korang 🤗 

Sebenarnya bukan Walid sorang dapat office chair as a birthday present, tadi Ummi tengok Cg Azlina (kenalan) pun dihadiahkan kerusi untuk WFH. Dah jadi seakan keperluan pula untuk WFH ni kan... 

Apalagi, pi lah serbu :p 









Viewing all articles
Browse latest Browse all 2718

Trending Articles


Seorang rentung, dua cedera parah selepas kapal terbakar


Cerita Jebat dan Ariana Rose


Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru


Novel : Kahwin Ganti 1


Novel : Perempuan Lindungan Kaabah 1


Pantun Tegur...


SESCo, polis serbu rumah terlibat curi kuasa elektrik


Kampung Sindang Baru gembira mendapat gelanggang futsal


Video Nakal Zaquan Adha Tersebar; Itu Antara Saya Dan Suami! - Ayu Raudhah


Sarapan ZUS Coffee - Delivery Menu



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>