Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2718

Olimpik Tokyo 2020

$
0
0
8 Ogos 2021 berlabuhlah tirai temasya Sulan Olimpik Tokyo Edisi 2020 selepas setahun ditangguhkan akibat pandemik yang melanda seluruh dunia. 

Walaupun awalnya terdapat keraguan malah bantahan, tapi Jepun berjaya membuktikan kemampuan menganjurkan sukan terbesar dunia ini. Semangat orang Jepun memang luar biasa. Pantas bangkit di setiap kali ditimpa musibah. Hiroshima, Nagasaki, tsunami, gempa bumi malah Covid-19 juga tak mampu mengalahkan semangat juang mereka yang sangat tinggi. Setinggi dan seteguh Gunung Fuji barangkali. 

Credit source.

Negara kita di tangga ke-74 keseluruhan. 

Mula tu Ummi tak follow sangat malah terlepas momen pasangan Aaron Chia- Soh Wooi Yik menang pingat gangsa untuk acara beregu badminton lelaki. 

Congrats guys! 

Tapi, momentum mula hadir bila menyaksikan kehebatan Nur Dhabitah Sabri berentap dalam acara Women 3M Springboard. Dari pusingan kelayakan hingga ke final Ummi dengan gegirls tak terlepas memberi sokongan kepada Bitah. Frust juga bila tak dapat medal tapi kita yakin dia dah buat yang terbaik.

Then, follow pula aksi our diving queen, Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform individu. Pandelela ni dah menang 2 pingat Olimpik;  pingat perak di Olimpik Rio 2016 dan pingat gangsa di Olimpik London 2012. Hebat kan? 

Credit source. 

Tapi, nasib tak menyebelahi beliau di Tokyo. Sedih bila first round beliau hanya dapat 18.00 mata. Second round onwards markah tinggi tapi dah tak mampu nak kejar esp 2 atlet China yang mana juaranya (Quan Hongchang) berjaya kaut 'perfect 10'3 kali. Markah penuhlah agaknya tu... 

Credit source.

Baru 14 tahun guys... 

Akhirnya saat yang dinanti, dengan penuh harapan nak tengok Datuk Azizul Hasni Awang (DAHA) rangkul emas sulung negara, malangnya belum rezeki dia dan kita, seluruh rakyat Malaysia. Geram pula dengan Jason Kenny yang pecut awal-awal haha... Geram lagi dengan mamat Australia tu huhu... Tapi, itulah namanya pertandingan. Pasti ada yang memang, ada yang kalah. 

Credit source.

Namun, beliau tetap menang di hati kita 🤗

Credit source.

He made us proud too...

Credit source. 

See you in Paris 2024 Shah Firdaus! 

 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2718

Trending Articles


Seorang rentung, dua cedera parah selepas kapal terbakar


Cerita Jebat dan Ariana Rose


Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru


Novel : Kahwin Ganti 1


Novel : Perempuan Lindungan Kaabah 1


Pantun Tegur...


SESCo, polis serbu rumah terlibat curi kuasa elektrik


Kampung Sindang Baru gembira mendapat gelanggang futsal


Video Nakal Zaquan Adha Tersebar; Itu Antara Saya Dan Suami! - Ayu Raudhah


Sarapan ZUS Coffee - Delivery Menu