Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2709

Restoran Kari Kepala Ikan Hj Isenin b Salleh, Semabok Melaka

$
0
0
Terbayang-bayang lagi keenakan makan tengahari di Restoran Kari Kepala Ikan Hj Isenin ni. Restoran ni terletak berhampiran Medan Selera Semabok, Melaka.

Ada asam pedas tetel, asam pedas telur ikan, ulam, sambal belacan, cencaluk... Alahai kecurnya :p



Restoran ni menjual pelbagai jenis lauk kampung untuk makan tengahari. Ada juga makanan lain seperti mee kari, cucur dsbnya. Tiada konsep layan diri, semuanya dihidangkan. Habaq saja nak lauk apa, nasi berapa satgi depa mai hantaq ke meja. Ummi tak cuba pun kari kepala ikan sebab harganya agak pricey, bermula dari RM35 sepinggan. Bukan apa, anak-anak lebih suka daging jadi Ummi pilih daging tetel masak asam pedas. Yang ni confirm licin. 

Sampai terangkat sudu haha...

Asam pedas regunya mesti telur dadar... Nikmat!

Alhamdulillah memang kenyang sangat makan di sini, sebab sedap dan selesa. Kami spent around RM70 untuk lauk- pauk di atas, nasi putih, minuman dan aiskrim sorang satu. Siap dengan dessert haha... 

Walaupun ramai pelanggan tapi restoran ni besar. Ada juga bilik berhawa dingin untuk private function. Restoran ni juga pernah menang state level award untuk kebersihan ke keceriaan, sori Ummi dah lupa 😅

Model tak berbayar tersengih kekenyangan. Pantang ada port cantik, posing-lah kerja depa :D 




Orang Melaka bolehlah terjah restoran ni. Orang negeri lain tunggu boleh rentas negeri dulu ye 😉


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2709


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>