Bermula 8/2/2021 Pasti dibuka semula. Kali ni betul-betul, bukan main-main macam hari tu 😅
Parents memang boleh hantar setakat ni saja. Jadi, suasana di dalam tu tak dapatlah Ummi tinjau. Mujur juga ini yang no 4, dah dengar taklimat hari pertama 3x dah sebelum ni haha..
Gambar-gambar ni cikgu share... Dapat juga disimpan sebagai kenangan
Ummi lega bila Pasti dibuka semula sebab dapatlah Adik belajar secara bersemuka dengan cikgu. Lebih berkesan untuk Adik.
Ini pula tugasan sewaktu PdPR tempohari. Sekali ambil tugasan, cukuplah latihan untuk seminggu. Komited cikgunya, itu yang Ummi suka dan respect sangat.
Huargh!
Tapi itulah baru 2 hari sekolah, cuti pulak. Cuti tambahan CNY 10 & 11 Feb. Harap Adik tak patah semangat :D
Looking forward for a better days 🌹