Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2679

Sibuk sikit

$
0
0
Satu perkara yang merungsingkan Ummi di penghujung tahun 2020 ialah penempatan Abang ke sekolah menengah. Asyik memikirkan dan menguruskan perkara tersebutlah yang menghadkan produktiviti Ummi. Kemain Ummi haha...

Alhamdulillah hari ni dah dapat tawaran dari sekolah yang kami harapkan. Buat masa ni memang akan terima tawaran ni sebab SBP, MRSM dan SMISTA masih belum nampak bayang lagi bila nak dapat iv ataupun ujian khas kemasukan. 

Banyak perkara perlu diuruskan seperti urusan perpindahan dari SMK feeder ke SABK, urusan dgn PPD, persiapan persekolahan, kemasukan ke asrama dsbnya. Tapi hati dah tenang, dah nampak hala tujunya jadi lebih mudah untuk merancang. 

Tahun ni semua anak-anak Ummi dah masuk sekolah. Persiapan depa pun nak kena buat juga. SRAI pun dah buka kedai buku. Esok lusa bolehlah Ummi ke sekolah. 

Mek ni dah tak sabar nak ke sekolah 😊

Ini posing dengan baju Kakak. Saja suruh try. Nanti beli sepasang je lagi uniform. Cikgu Pasti belum bagi tarikh lagi bila perlu ke sekolah untuk pembayaran yuran dan pembelian buku-buku. Tunggu aje lah. 

Hasil congak, banyak juga belanjanya untuk sesi persekolahan kali ni. Terutamanya untuk Abang yang nak masuk asrama dan Adik sebagai murid baru Pasti.
 انشاء الله ada jalannya :) 

Lagi satu, sibuk unpack kain baju. Ahad bertemu Ahad kami bermusafir di minggu akhir bulan Disember lepas. Balik ke rumah banyaklah urusannya. Yang paling Ummi risaukan ialah pokok-pokok Ummi tapi nampaknya semua sihat walafiat haha... Ayu pun sihat juga, dah sarat nampaknya... Satu hal pulak nak menguruskan 'cucu'🤭




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2679

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>