Kali pertama makan ikan bakar bersama sambal dan petai ialah di Ana Ikan Bakar Petai di Kuantan pada tahun 2011. Ye, masa tu pergi berjalan-jalan selepas bersalinkan Angah. Menyewa di rumah tumpangan syarikat. Banglo besar 2 tingkat, area rumah orang-orang kaya dan pegawai-pegawai kerajaan di jalan apa ntah tak ingat dah. Ada satu banglo ni siap ada helipad. Tak jauh dari sini juga ada Istana Hinggap Sultan Pahang, berhampiran pantai. Memang tak ingat dah pantai nama apa... Teluk Cempedak kot.
Berbalik kepada resepi, baru-baru ni Ummi cuba satu resepi ala ikan bakar di kedai katanya. Tapi, Ummi bagi nama Ikan Bakar Petai-lah senang nak ingat. Caranya mudah saja tapi rajinnya nak kena lebih haha... Sambal tu kena masak dulu baru sedap dilumur pada ikan. Resepi ni disertakan sekali dengan air asam tqpi Ummi cuma sediakan kicap pedas je.
Resepi: Ikan Bakar Petai
Sumber: Keluarga
Kredit: Pn Nasriah Ramli
Bahan-bahan
Ikan siakap atau apa-apa ikan
Sos tiram
Air asam jawa
Gula perang
Garam
Air
Daun limau purut
Daun kunyit
Daun pisang - Ummi guna daun lengkuas
Petai
Bahan kisar
Cili kering
Lengkuas
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Serai
Ikan bilis @ udang kering
# Sukatan bahan tidak diberi secara terperinci jadi Ummi agak-agak je. Alhamdulillah menjadi.
Cara-cara
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa. Masak hingga (hampir) kering.
3. Masukkan sos tiram, gula perang dan garam. Tambah air jika terlalu kering.
4. Masukkan hirisan daun limau purut, daun kunyit dan petai. Gaul sebati dan sesuaikan rasa. Tambah gula/garam jika perlu. Tutup api. Sejukkan seketika.
5. Lumur pada ikan dan balut dengan daun pisang/daun kunyit/daun lengkuas dan perap 30 minit. Kalau takde dedaun ni, guna aluminium foil pun boleh.
6. Bakar ikan hingga masak. Siap!
#Ummi lumur nipis sahaja sambalnya untuk elakkan sambal hangit/hangus semasa proses membakar ikan. Bila ikan dah siap dibakar baru Ummi tuang sambal diatasnya.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas. Walaweyh!
Walid dah request suruh repeat tapi belum Ummi tunaikan. Kena ada mood baru menjadi :p Lain kata, malas hahaha... Tapi, tadi Ummi ada beli petai. Ikan geruk-geruk pun ada dalam peti ais. Yang tak ada lagi kerajinan :p
Selamat mencuba 🤗