Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2701

Resepi ~ Kerabu Bunga Betik

$
0
0

Hari ni Walid and the boys tebang pokok betik jantan di belakang rumah. Tingginya dia, dah mencapai bumbung. Walaupun tahu tak berbuah, tapi sayang nak tebang. Kadang tu nampak ada burung tumpang bersarang. Tapi, akhirnya tebang juga. 
Risau takut patah timpa dapur jiran, naya!


Bila dah tebang tu, barulah nampak bahagian atasnya. Banyak bunganya. Elok juga dibuat kerabu. Merasa juga hasilnya. Tak dapat makan buah, makan bunga pun jadilah kan?


Kerabu Bunga Betik Utara

Bahan-bahan
1 mangkuk bunga betik [asingkan batangnya]
2 sudu besar kerisek
1 labu bawang besar [hiriskan]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
1/2 cawan santan pekat [jika suka]
Garam secukup rasa
Gula (Ummi tambah)

Cara-cara
1. Basuh bunga betik dan rebuskan dengan garam sehingga mendidih dan agak lembut. (Ummi masukkan asam keping untuk mengurangkan rasa pahit)
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Hidangkan

Kali pertama Ummi makan kerabu bunga betik ialah waktu kenduri di rumah sepupu Ummi, Kak Diah di Kaki Bukit, Perlis. Rumah Kak Diah letaknya di dalam kebun getah. Suaminya (arwah Abg Hak) bekerja sebagai mandor kebun getah. Di keliling rumah di tanam pokok betik. Selain itu mereka juga memelihara itik. Memang seronok berada di dalam kawasan rumah mereka kerana suasananya redup dan nyaman sekali.

Sejak hari itu, Ummi tercari-cari juga menu kerabu bunga betik di mana-mana kenduri tapi tak pernah pula jumpa.Akhirnya terpaksa buat sendiri juga 😊 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2701

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>