Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2618

Ke PPAS Gombak

$
0
0

Seronok tengok kawan-kawan, saudara mara 'update status' balik kampung, pergi bercuti dsbnya. Tumpang happy for them. Alhamdulillah kami balik kampung dah, pergi jalan-jalan pun dah. The latest trip was Pontian, last month.


Nak hilangkan kebosanan cuti 5 hari ni, semalam bawa anak-anak ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Gombak yang terletak di Selayang. Lokasinya berhampiran Pejabat Tanah & Daerah Gombak, Kolej Komuniti Selayang dan Masjid Bandar Baru Selayang. Selepas bangunan Lembaga Peperiksaan Malaysia tu, ambil simpang ke kanan. Jumpalah nanti...


Dah lama Ummi tahu pasal library ni. Cuma tak pernah datang. Khabarnya banyak facilities di library ni, ala-ala Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam.

Dah lama tak masuk library Ummi pun teruja sebenarnya. My favourite place masa di uni dulu library-lah. Suka study di library sebab selesa. Mood nak belajar tu berkobar-kobar as compared to study di bilik hostel. Hampir tiada gangguan waktu buat ulangkaji.



Discussion room. 



Bilik kreativiti aka play room. Tempat favourite Adik.



Ummi regi jadi member, regi online. Dapat pinjam buku on the spot. Maximum 10 buku sekali pinjam. Tempoh pinjaman 3 minggu. Denda lewat hantar 50 sen sehari per buku.



Tadi kami pinjam 7 buah buku. Ikut pilihan masing-masing.

Favourite Ummi... Buku autobiography 




Anak-anak main games... Sejam RM1 untuk penggunaan internet.

Selain kemudahan yang disediakan, kawasan parking pun agak luas. Staff di sini sangat helpful 👍👍👍, rajin melayan karenah anak-anak yang suka bertanya.


Dibuka dari Isnin - Ahad kecuali hari kelepasan am. Waktu operasi dari jam 9.00 pg - 7.00 mlm. 

Jom lepak library 🤗


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2618


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>