Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2716

Update Kebun

$
0
0

Jom ke kebun belakang rumah Ummi...  Dah lama tak share update kebun sekangkang kera Ummi tu. 


Kunyit ni sebelum ni Ummi ingat dah mati sebab dari elok berdaun, lama kelamaan daun jadi kering dan layu. Mujur Ummi tak korek buang umbisinya. Sekarang dah berpucuk kembali alhamdulillah.


Halia ni ada kisahnya... Sehari sebelum kita sambut puasa tempohari, jiran Ummi Mak Bee mencari lengkuas untuk rendang. Semua kedai di kejiranan kami semuanya habis stok lengkuas. Akhirnya, Mak Bee minta lengkuas di kebun Ummi. Selama ni Ummi tak pernah pun ambil lengkuas di kebun sendiri hihi... 


Berguna rupanya lengkuas yang selama ni jadi hiasan je di kebun Ummi. Manalah tahu, next time ada orang perlukan halia, Ummi tanamlah halia juga :)


Ini pokok betik di luar rumah, sedang galak berbuah. Lepas Ummi letak baja buah, terus lekat buah. Alhamdulillah.


Tapi yang di belakang rumah ni, masih belum lekat buahnya. Berbunga sentiasa tapi bila berputik, jadi kering dan gugur. Dah 2x letak baja. Ada petua tak Wak (Warisan Petani)?


Yang ini pun dah berputik. Tapi baru sebiji. Sama juga kes di atas, putiknya gugur. Belum rezeki nampaknya...


Tebu Ummi tumbang sebatang. Tak sangka pula anak-anak suka dan pandai makan tebu. Especially Angah tu.

Selain tu peria katak di luar rumah juga. Sedang rancak berbunga/berbuah. Peria ni paling sedap bagi Ummi  goreng bersama telur. Kalau buat ulam cicah dengan sambal tempoyak pun sodap tau!

Percubaan pertama Ummi buat tempoyak sendiri. Lagi 2 hari bolehlah makan Insha Allah.


Ada lagi ni. Tapi cukuplah dulu... Nak pergi buat sarapan 😊

Selamat berhujung minggu!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2716

Trending Articles


Kahwin Ganti


Luahan Hati Cikgu Tuisyen


Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru


Cadangan bina jambatan konkrit elak ancaman bahaya murid SK Sungai Kapit


Sarapan ZUS Coffee - Delivery Menu


Semakan Keputusan STPM 2016 Online Penggal 1


Shhh… I Love You


Kad bude bice - epizoda 2


Awek Melayu Tayang Body Mantap Untuk Lelaki Di Laman Sosial


(TAHNIAH)Jaclyn Victor Sudah Kahwini Shawn Rivera 17 Julai Lalu



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>