Usai solat Asar semalam, sambil melipat telekung Kakak bercerita, "Malam tadi Kakak mimpi makan pulut... Nanti Ummi buat pulut ye..."
"OK, raya ni kita beli lemang ye," jawab Ummi. Lagi 2-3 hari nak raya malas nak masak pulut.
Tak lama kemudian, ada orang bagi salam. Cucu Kak Leha, Mel berdiri di luar rumah sambil menjinjing seplastik makanan.
Bila dibuka...
![]() |
Lemang, kari ayam & spagetti goreng. |
Allahu akbar! Cepatnya makbul hajat Kakak ☺️
Kali kedua, petang tadi. Ummi nak masak ikan cencaru untuk berbuka. Dalam hati teringin nak makan cencaru sumbat atau cencaru bakar tapi anak-anak lebih suka cencaru goreng di tabur bawang goreng + kicap. Layan je selera anak-anak sebab semalam Ummi masak keli salai masak lemak, kurang sambutan berbanding keli goreng berlada. Jadi, untuk kali ni Ummi masak ikut kesukaan anak-anak.
Bila Walid balik kerja, dibawa bersama sedikit buah tangan untuk berbuka. Allahu, ada ikan cencaru sumbat. Sungguhlah Allah itu Maha Mendengar.
الحمدلله على کل حال