Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2757

Semerah Garden Hotel, Pontian

$
0
0


Semasa di Pontian, kami menginap di Semerah Garden  Hotel atau ringkasnya Semerah Hotel. Letaknya di Parit Semerah, di luar sedikit dari pusat bandar.

Tunjuk arah ke hotel, berhampiran KK Parit Semerah. 

Memandangkan 2 kali kami menginap di sini, kami berpeluang untuk tinggal di bilik deluxe double dan family room. Untuk kunjungan pertama kami diletakkan di bilik deluxe double beserta 1 extra bed. Waktu ni Pontian menerima kunjungan luar biasa dari pelbagai pihak dan kesemua bilik hotel di sini habis ditempah. Semuanya penangan hari penamaan calon PRK Tg Piai.

Deluxe double room... 




Bagi kunjungan kali kedua pula, suasana di Pontian kembali tenang :) Kali ini kami ditempatkan di family room as requested.
 Lebih selesa untuk kami berenam yang bermukim selama seminggu di sini.

Family room; 




Hotel ni baru lagi. Cantik dan bersih. Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan semuanya memuaskan hati. Ianya terletak di hujung shop lot kedai. Sebaris dengan hotel ada kedai makan, pejabat, klinik haiwan dan kedai runcit. Dulu ada juga self service laundry tapi telah ditutup. Aktiviti di sini tidaklah sibuk, jadi tiada masalah parkir. Hanya pada, waktu malam sedikit meriah bila kedai tomyam dibuka. Ada juga gerai sate, otak-otak dan burger dibuka untuk sama-sama mencari rezeki.


Kebanyakan perabot dan binaan dekorasi di hotel ni menggunakan kayu palet.

Lobby 
Staff dan owner hotel ni ramah 👍👍👍

Pantry yang selesa. Ada peti ais, sinki, pinggan mangkuk dsbnya. Hotel ini menyediakan sarapan (packed food) untuk tetamunya. Selain tu, roti, biskut dan minuman turut disediakan tapi tidaklah semewah hotel berbintang-bintang. Sesuailah dengan status budget hotel. 

Pantry 

Nostalgia :) 

Persekitaran hotel ni sangat tenang dari hiruk pikuk bunyi kenderaan dan aktiviti manusia. Jadi kita pun rasa laid back. Takde apa nak dikejar. Boring berkurung dalam bilik hotel, Ummi bawa anak-anak ke kedai runcit atau berehat di depan hotel. Seminggu stay di hotel, kena ada juga aktiviti selain tengok TV dan tidur.  

Belajar pun kena juga 😅

Di hadapan hotel ada kerusi meja untuk bersantai. Petang-petang Ummi bawa anak-anak keluar ambil angin dan lepak makan goreng pisang di sini. Ada warung pisang  goreng betul-betul di seberang jalan.

Nampak tak ramai orang di seberang jalan tu? Itulah gerai pisang goreng yang Ummi maksudkan. 

Pisang goreng Johor style; cicah dengan sambal kicap. 

If you are looking fot a hotel in Pontian, definitely Semerah Hotel is a good choice. 

Semerah Garden Hotel 
1 Jalan Sri Semerah 1
Kg Parit Semerah 
82000 Pontian 
Johor Darul Takzim
Tel: 07-6871004

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2757

Latest Images

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>